31 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Asyraf persoal sikap PH ‘kunci mulut’ isu Tommy Thomas

Tindakan dibawah 4 Akta berbeza termasuk soal campur tangan dalam hal ehwal perlantikan hakim, hasutan, salah guna kuasa dan mendedahkan rahsia kerajaan boleh dikenakan.

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KETUA Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki hairan dengan sikap pemimpin Pakatan Harapan (PH) yang berdiam diri berhubung laporan hasil siasatan ke atas buku memoir Tan Sri Tommy Thomas yang sudah disiapkan pasukan petugas khas.

Beliau berkata, setakat ini belum ada sebarang komen atau kenyataan daripada mana-mana pemimpin PH mengenai hasil siasatan berkenaan walaupun ia terbukti wujud salah laku dan perlakuan jenayah oleh bekas Peguam Negara itu.

“Beliau boleh dikenakan tindakan di bawah empat akta berbeza termasuk soal campur tangan dalam hal ehwal perlantikan hakim, hasutan, salah guna kuasa dan mendedahkan rahsia kerajaan.

“Kenapa agaknya PH berdiam diri sedangkan kononnya merekalah yang menjadi juara mendaulatkan undang-undang dan institusi kehakiman?,” soalnya menerusi Facebook.

Kelmarin, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengarahkan agensi penguat kuasa segera melaksanakan siasatan lanjut ke atas Tommy Thomas berhubung pelbagai dakwaan yang terkandung dalam buku yang dihasilkan bekas Peguam Negara itu.

Menurutnya, siasatan akan dilakukan antaranya di bawah Seksyen 124(I) Kanun Keseksaan – penyebaran laporan palsu; Seksyen 4 Akta Hasutan 1948; Seksyen 8 Akta Rahsia Rasmi 1972; dan Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.

Beliau berkata, pasukan petugas khas telah membentangkan laporan siasatan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri bari-baru ini dan mengemukakan beberapa syor untuk pertimbangan kerajaan bagi tujuan tindakan susulan yang wajar diambil. – Edisi 9

Terkini

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar meninggal dunia

BEKAS Ketua Polis Negara (KPN), Tun Mohammed Hanif Omar meningggal dunia di kediamannya di Shah Alam, Selangor pagi ini. Allahyarham...

Lagi Artikel Berkaitan