34 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Akta 62 bakal dipinda bagi memperkasa Ketua Audit Negara – PM

Pindaan itu bagi menghalang penglibatan KAN dalam aktiviti atau jawatankuasa perkhidmatan Persekutuan atau perkhidmatan negeri.

Mesti Baca

Lukman Ismail
Lukman Ismail
Editor Edisi 9

AKTA Audit 1957 (Akta 62) akan dipinda bagi memperkasa profesionalisme dan menjamin kebebasan peranan Ketua Audit Negara (KAN), kata Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Menurut Perdana Menteri, pindaan akta tersebut akan dilakukan oleh Jabatan Audit Negara melibatkan peruntukan akta bagi menghalang penglibatan KAN dalam aktiviti atau jawatankuasa perkhidmatan Persekutuan atau perkhidmatan negeri.

“Penglibatan KAN dibolehkan dalam jawatankuasa di peringkat dasar,” kata beliau selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Antirasuah (JKKMAR) di Putrajaya hari ini.

Ismail Sabri berkata, pada masa yang sama, bidang tugas KAN juga akan diperluaskan bagi mengaudit mana-mana badan lain termasuk syarikat yang mempunyai kepentingan kerajaan, tertakluk kepada budi bicaranya.

Beliau berkata, JKKMAR juga membuat ketetapan dalam usaha meningkatkan penyampaian perkhidmatan, menambah baik tadbir urus Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), memperkukuhkan elemen integriti.

Ketua Audit Negara, Datuk Seri Nik Azman Nik Abdul Majid

Memberi peluang mobiliti serta meningkatkan aspek pengalaman, akauntabiliti dan kredibiliti bagi mengelakkan risiko gejala rasuah dan salah guna kuasa, kewujudan Little Napoleon di peringkat lapangan dan pusingan kerja yang terhad.

“Justeru, mesyuarat bersetuju agar Jawatankuasa Pertukaran Pegawai PBT diwujudkan di bawah kuasa Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) yang akan melaksanakan pertukaran pegawai PBT ke PBT yang lain.

“Melalui jawatankuasa ini, pegawai PBT yang telah berkhidmat di tempat yang sama dalam tempoh yang lama boleh ditukarkan ke PBT yang lain.

Beliau berkata, satu Garis Panduan sebagai rujukan akan dikeluarkan kepada Pihak Berkuasa Negeri (PBN) bagi membolehkan perkara ini dilaksanakan di semua PBT di seluruh negara. – Edisi 9

Terkini

Lebih 27,000 kandungan diturunkan sejak awal tahun – MCMC

SEBANYAK 27,115 kandungan bersifat provokatif melampau dalam media sosial dan platform Over The Top (OTT) telah diturunkan dalam tempoh...

Lagi Artikel Berkaitan