28.5 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Tak perlu TPM, empat menteri kanan sudah ada – PM

PAS yang menjadi sebahagian kerajaan tidak pernah menuntut jawatan menteri kanan.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

PERDANA Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri menegaskan belum ada keperluan untuk melantik Timbalan Perdana Menteri (TPM).

Beliau berkata, ini kerana sudah ada empat jawatan Menteri Kanan yang turut berperanan dan mendapat keistimewaan menyamai Timbalan Perdana Menteri.

“Itu (lantik Timbalan Perdana Menteri) biarlah dulu. Setakat hari ini, seperti kita tahu saya sudah ada empat menteri kanan yang membantu saya dan seolah-olah sudah ada empat Timbalan Perdana Menteri yang membantu saya.

“Faedah yang mereka peroleh hampir sama. Ada pengawal pengiring, polis, macam-macamlah. Lebih kurang Timbalan Perdana Menteri juga.

“Jadi setakat ini, tidak membebankan saya tanpa Timbalan Perdana Menteri kerana keempat-empat menteri kanan sudah mewakili parti yang sudah ada,” katanya dalam sidang media sempena setahun pentadbiran beliau.

Ujar Ismail Sabri lagi, Pas yang menjadi sebahagian kerajaan tidak pernah menuntut jawatan menteri kanan.

“Cuma PAs sahaja tidak ada. Kalau tak, Pas pun boleh menuntutlah. Kenapa ada UMNO, ada GPS (Gabungan Parti Sarawak) dan dua BersatU. Patutnya satu Bersatu, satu Pas, satu UMNO dan satu GPS.

“Pas tidak pernah timbulkan isu ini. Jadi saya rasa semua orang menerima. Ada sedikit kelebihan dan kekurangan. Tak nak ada isu dan perkara yang boleh jadi isu besar, merosakkan hubungan antara kita, kita selesaikan. Tapi yang cakap banyak itu orang di luar,” katanya.

Dalam pada itu, ketika ditanya mengenai hubungan beliau dengan Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang sering dipertikaikan dan dikatakan, beliau menegaskan tidak mempunyai sebarang konflik dengan LlPengerusi Barisan Nasional (BN).

“Saya dengan presiden ‘ngam’. Presiden dengan saya tidak ada isu. Saya kenal presiden sudah lama, waktu saya sekolah (belajar di universiti) lagi. Presiden dan abang saya pun kawan baik. Dia bersama di Universiti Malaya, rakan sebilik.

“Saya kenal dia sudah lama. Dengan isteri dia lama saya kenal sampai sekarang pun rapat. Jadi, tidak timbul isu. Isu peribadi tidak timbul. Perpecahan dalam UMNO pun tiada.

“Orang luar sahaja yang bercakap soal perpecahan dalam UMNO ini,” katanya dalam temubual bersama media sempena setahun pentadbiran beliau.

Ismail Sabri berkata, pertemuannya dengan lima pemimpin tertinggi dalam UMNO atau ‘top five’ sering diadakan bagi membincangkan pelbagai isu berkaitan hala tuju parti.

-EDISI9

Terkini

Siti Hajar, pendiam tapi aktif dalam aktiviti kemasyarakatan

BERBEZA dengan mahasiswa lain yang aktif di kampus, gadis ini sering dianggap pendiam, walaupun banyak menyertai malah turut berpeluang...

Lagi Artikel Berkaitan