26.4 C
Kuala Lumpur
Friday, October 7, 2022

Ada kalanya kita merasa kita keseorangan – Najib

Hantaran yang dimuat naik tidak sampai 30 minit itu telah mendapat lebih 10,000 reaksi warganet, lebih 200 perkongsian dan lebih 2,400 komen.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

LUAHAN hati bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mencuit perasaan pengikut Facebook rasminya.

Najib meluahkan perjalanan hidup setiap insan berbeza dan semuanya sentiasa berdoa dan berharap yang terbaik dalam kehidupan masing-masing.

“Ada kalanya kita merasa usaha dan kebaikan yang kita lakukan sia-sia. Ada kalanya kita merasa susah hati dengan ujian dan dugaan. Dengan fitnah dan penganiayaan.

“Dengan harapan yang diakhiri dengan kegagalan. Dengan keikhlasan yang dibalas dengan pengkhianatan. Ada kalanya kita merasa kita … keseorangan,” kongsinya.

Hantaran yang dimuat naik tidak sampai 30 minit itu telah mendapat lebih 10,000 reaksi warganet, lebih 200 perkongsian dan lebih 2,400 komen.

Bagi Faisal Malaya, hatinya menjadi sayu sebaik membaca hantaran oleh bekas Perdana Menteri berkenaan.

Baca juga:   Murid boleh pakai baju biasa ke sekolah, asalkan kemas

“Janganlah risau ya, sebahagian rakyat sentiasa berada bersama Datuk Seri. Percaya lah pada perancangan Allah SWT. Allah SWT tahu yang terbaik untuk Datuk Seri.

“Setiap kesedihan dan kekecewaan yang kita bakal lalui insya-Allah akan ada peristiwa yang lebih baik yang Allah SWT akan berikan.

“Anggaplah ini semua ujian. Kami tahu segala usaha telah dilakukan oleh Datuk Seri, the rest (selebihnya) kita serahkan kepada Allah SWT… kepada mereka yang membuat jahat, fitnah dan penganiayaan kepada Datuk Seri, saya pasti Allah SWT akan membalas pada mereka semua,” kongsi Faisal Malaya.

Bagi Muhammad Nurul, sekiranya Najib di pihak yang benar, beliau tidak perlu gusar.

Baca juga:   Guna dana SKMM sedia 2 juta komputer riba buat pelajar

“Jikalau Datuk Seri di pihak yang benar, janganlah gusar. Dekatkan lagi hati dengan yang Maha Esa. Dunia ini hanyalah persinggahan yang tiada nilai harta.

“Hanyalah ujian ke kehidupan abadi. Semoga Datuk Seri dipermudahkan segala urusan,” kongsi Muhammad Nurul.

-EDISI9

Wartawan

Terkini

Dua produk Mi Sedaap ada racun tiada di Malaysia – KKM

KEMENTERIAN Kesihatan (KKM) mengesahkan bahawa dua produk jenama Mi Sedaap keluaran Indonesia yang diharamkan di Singapura semalam ada diimport...

Lagi Artikel Berkaitan