32.2 C
Kuala Lumpur
Sunday, October 2, 2022

PM bakal umum berita gembira untuk penjawat awam 30 Ogos ini

Ketika pandemik Covid-19, terdapat banyak cerita kesedihan petugas kesihatan yang berkorban jiwa raga dan nyawa dalam menangani virus itu.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

PENJAWAT awam bakal mendapat berita gembira pada 30 Ogos ini bagi mengubati duka lara mereka, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata, kerajaan Keluarga Malaysia yang diterajuinya sentiasa menghargai pengorbanan penjawat awam, termasuk pasukan keselamatan, di bawah kepimpinan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali.

Menurutnya, di saat negara sedang mengalami kesusahan seperti banjir besar yang tidak dijangka, pasukan keselamatan seperti Polis Diraja Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Jabatan Kesihatan, Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Agensi Pengurusan Bencana Negara dan pelbagai agensi kerajaan lain bertugas tanpa lengah dan penuh dedikasi.

“Insya-Allah, kita akan mengumumkan sesuatu yang menceriakan bagi mengubat duka lara para penjawat awam pada Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam yang dijadualkan pada 30 Ogos nanti.

Baca juga:   Pertemuan Ismail Sabri dan Najib cetus spekulasi baharu

“Tunggulah saya pun tengah fikir mengenainya,” katanya ketika berucap merasmikan Simposium Keluarga Malaysia: Pencapaian dan Harapan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), hari ini.

Ujar Ismail Sabri lagi, ketika pandemik Covid-19, terdapat banyak cerita kesedihan petugas kesihatan yang berkorban jiwa raga dan nyawa dalam menangani virus itu.

Menurutnya, jasa dan pengorbanan mereka sebagai wira tidak didendang akan terus terpahat dalam lipatan sejarah.

“Hasil kerja keras semua pihak dan kejayaan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) khususnya, membolehkan Malaysia menjadi antara negara yang mencatat kadar vaksinasi terpantas, seterusnya memasuki Fasa Peralihan ke Endemik pada 1 April lepas.

Baca juga:   Termakan 'gombalan' cinta, ibu tunggal rugi hampir RM100,000

“Sesebuah kerajaan hanya akan menjadi kuat dan berkesan jika ia mendapat dukungan daripada semua pihak. Alhamdulillah, kerajaan Keluarga Malaysia tidak pernah bersengketa atau memandang ringan pengorbanan penjawat awam.

“Begitu juga dengan para aktivis masyarakat yang cekal berkhidmat kepada negara, khususnya melalui pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan, Kerajaan Keluarga Malaysia sentiasa mengingati sumbangan mereka,” katanya.

-EDISI9

Terkini

Lagi Artikel Berkaitan