26.3 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024

Samun RM65 kena penjara tiga tahun, satu sebatan

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

TAK ‘berbaloi’ betul. Hanya kerana menyamun RM65, dua sahabat terpaksa merengkok dalam penjara selama tiga tahun dan merasai pedihnya sebatan.

Ini ekoran keputusan Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur yang menjatuhi hukuman tersebut terhadap kedua lelaki tersebut hari ini.

Hakim Emilia Kaswati Mohamad Khalid menjatuhi hukuman terhadap Mohd. Nazir Bahli, 36, dan Ahmad Shahmi Azmi, 31, selepas mereka mengaku bersalah atas pertuduhan yang disabitkan.

Mahkamah turut memerintahkan hukuman penjara itu berjalan bermula dari tarikh tangkap pada 19 Ogos lalu.

Mengikut pertuduhan, mereka bersama-sama didakwa telah melakukan samun berkumpulan terhadap seorang pekerja berusia 17 tahun dengan mengambil wang tunai RM65 milik sebuah kedai serbaneka.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah kedai serbaneka di Taman Pertama, Cheras, Kuala Lumpur pada pukul 9.30 malam 18 Ogos lalu yang didakwa mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan.

Hukuman bagi seksyen itu memperuntukkan penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan denda dan sebatan. 

-EDISI9

Terkini

Amir Hamzah ketuai delegasi Malaysia ke mesyuarat IMF, WBG

MENTERI Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Musim Bunga Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF)...

Lagi Artikel Berkaitan