23.2 C
Kuala Lumpur
Wednesday, February 1, 2023

Raptai Hari Kebangsaan: Beberapa jalan di ibu negara ditutup

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

BEBERAPA jalan di ibu negara akan ditutup bermula pukul 6.30 pagi hingga 12 tengah hari bagi memberi laluan kepada sesi raptai acara sambutan Hari Kebangsaan pada 31 Ogos ini.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur ACP Sarifudin Mohd Salleh berkata, esok Jalan Raja akan ditutup mulai pukul 9 pagi hingga 12 tengah hari.

“Pada 26 hingga 29 Ogos pula bermula 6.30 pagi hingga 12 tengah hari, jalan ditutup membabitkan Jalan Raja, Jalan Raja Laut, Leboh Pasar dan Jalan Sultan Hishamuddin menuju ke Dataran Merdeka,” katanya.

Pada 27 hingga 29 Ogos, raptai penuh akan diadakan dan semua laluan menghala ke Jalan Raja (Dataran Merdeka), Jalan Travers ke arah Dataran Merdeka, Jalan Damansara dari arah Lebuh Raya Seremban, susur ke Jalan Travers dan Jalan Damansara dari arah Parlimen menghala ke Bangsar akan ditutup.

Baca juga:   Mangsa banjir di Johor meningkat, 11 jalan daerah ditutup

Selain itu sebanyak 18 jalan di sekitar ibu kota akan ditutup dari pukul 6 pagi hingga 12 tengah hari pada 31 Ogos ini bagi memberi laluan kepada sambutan tersebut.

Jalan yang terlibat ialah Jalan Travers, Jalan Damansara, Jalan Damansara (arah ke Bangsar), Bulatan Hishamuddin, Jalan Kinabalu (arah Selayang), Jalan Kinabalu (arah Cheras), Jalan Kinabalu (Bulatan Dato Onn), Jalan Kuching, Bulatan Dato Onn (dari Jalan Parlimen), Bulatan Dato Onn (dari Jalan Sultan Salahuddin), Jalan Tun H. S. Lee, Jalan Gereja, Jalan Hang Kasturi, Jalan Tunku Abdul Rahman, Jalan Raja Laut, Jalan Munshi Abdullah, Jalan Dang Wangi dan Jalan Bunus 6.- BERNAMA

Baca juga:   Dron tak dibenar semasa sambutan Hari Kebangsaan Rabu ini

Wartawan

Terkini

UMNO pecat Tun Faisal berkuat kuasa serta-merta

BEKAS Timbalan Ketua UMNO Putrajaya, Datuk Tun Faisal Ismail Aziz dipecat daripada parti itu berkuat kuasa serta-merta. Beliau yang juga bekas...

Lagi Artikel Berkaitan