32.1 C
Kuala Lumpur
Thursday, March 28, 2024

Malaysia, Qatar mampu bangun strategi sekuriti makanan – PM

Pertemuan berkenaan adalah susulan daripada lawatan rasmi pertama beliau ke Qatar pada Mac yang lalu.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

MALAYSIA dan Qatar mampu membangunkan strategi sekuriti makanan seperti kerjasama antara Baladna Food Industries dan FGV Holdings dalam pembangunan ladang lembu tenusu di Chuping, Perlis dan juga di Pahang tidak lama lagi.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata demikian dalam satu hantaran di Facebook sempena kunjungan Timbalan Perdana Menteri Qatar yang juga Menteri Luar, Sheikh Mohammed Abdulrahman Al-Thani, pagi tadi.

Menurut beliau, pertemuan berkenaan adalah susulan daripada lawatan rasmi pertama beliau ke Qatar pada Mac yang lalu.

“Malaysia juga menyambut baik potensi kerjasama dengan Qatar dalam bahagian tenaga, minyak dan gas serta sektor perumahan dan pembangunan infrastruktur.

“Saya juga menzahirkan ucapan penghargaan atas sumbangan USD50 juta melalui Dana Qatar untuk Pembangunan (QFFD) bagi kebajikan pelarian Rohingya di Malaysia, terutamanya dalam bidang kesihatan dan pendidikan,” katanya hari ini.

Dalam pada itu, Ismail Sabri juga mengambil kesempatan pertemuan berkenaan untuk mengucapkan tahniah dan selamat maju jaya kepada Qatar yang akan menjadi tuan rumah bagi penganjuran Piala Dunia 2022.

Malah, beliau juga berharap agar perbincangan pada pertemuan berkenaan mampu meningkatkan hubungan dua hala kedua-dua negara dan merangka hala tuju mengenai pelbagai isu kepentingan bersama.

Sementara itu, Sheikh Mohammed menerusi ciapan di laman Twitter memaklumkan bahawa perbincangan di antara mereka merangkumi sektor ekonomi dan pelaburan koperasi serta perkembangan isu antarabangsa terutamanya isu Palestin dan sokongan kepada pelarian Rohingya di Malaysia.

“Kami hargai hubungan rapat di antara kedua-dua negara dan berharap dapat merancakkan kerjasama di semua peringkat,” katanya.

-EDISI9

Terkini

Merakyatkan ilmu sains demi masa depan

Oleh PROF MADYA TS DR ZUL ILHAM ZULKIFLEE LUBES DALAM era di mana kemeruapan drastik, ketidaktentuan, kerumitan dan kesamaran ialah...

Lagi Artikel Berkaitan