26.3 C
Kuala Lumpur
Thursday, October 6, 2022

JKDM patahkan cubaan sindiket seludup arak bernilai RM1.3 juta

Membabitkan nilai keseluruhan rampasan berjumlah RM1,249,788.73.

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

JABATAN Kastam Diraja Malaysia (JKDM) berjaya mematahkan aktiviti sindiket penyeludupan minuman keras bertanda duti tidak berbayar (MDNP) dan tidak bercukai membabitkan nilai keseluruhan rampasan berjumlah RM1,249,788.73.

Penolong Ketua Pengarah Kastam (Penguatkuasaan) Menanggung Tugas-Tugas (MTT) , Fazilah Ariff berkata, ia hasil serbuan pihaknya pada 2 Ogos lalu di sebuah premis tidak bertanda di Jalan Tengah, Kampung Telok Gong, Pelabuhan Klang, Selangor.

Menurut beliau, pasukan menemukan sejumlah beer pelbagai jenama dimuatkan dalam sebuah lori bonded trailer 40 kaki, dua lori 3 tan, sebuah lori 1 tan dan sebuah van.

Jelasnya, hampir 66 ,000 tin atau botol iaitu lebih 28,000 liter minuman keras yang dianggarkan bernilai RM181,595.07 dengan jumlah duti dan cukai sebanyak RM683,193.66.

“Bagi anggaran nilai kenderaan yang disita pula adalah sebanyak RM 385,000. Nilai keseluruhan rampasan adalah berjumlah RM1,249,788.73,” katanya dalam satu sidang akhbar di Pejabat Kastam Dengkil hari ini, lapor Utusan.

Baca juga:   MSU Pas sokong tindakan Kedah henti lesen judi, had jualan arak

Fazilah berkata, pihaknya telah mengenal pasti modus operandi sindiket itu ialah dengan memasarkan produk minuman keras bertanda MDNP ke pasaran tempatan.

“Bagaimanpun, ia tidak boleh berada di Kawasan Utama Kastam dan hanya untuk dijual di kedai bebas cukai atau di pulau-pulau bebas cukai.

“Sebahagian lagi adalah minuman keras import yang disyaki diseludup dari luar negara untuk pasaran tempatan,” katanya.

Beliau berkata, semasa serbuan dilakukan terdapat beberapa orang pekerja dilihat sedang dalam proses memindahkan minuman keras masuk ke dalam lori-lori kecil dan juga van yang dipercayai bagi tujuan pengedaran untuk pasaran tempatan.

Baca juga:   Pandemik: Guru tetap gigih mendidik anak bangsa

“Namun tiada tangkapan dilakukan sewaktu serbuan kerana kesemua pekerja-pekerja tersebut telah melarikan diri sebaik melihat kehadiran pasukan kastam.

“Sehubungan dengan itu, JKDM akan menjalankan siasatan terperinci untuk mengesan pemilik premis dan kenderaan yang disita dalam usaha mengenalpasti pasti dalang di sebalik sindiket tersebut,”katanya.

Wartawan

Terkini

Bantuan Musim Tengkujuh pekebun kecil Risda ditambah baik

KABINET bersetuju meluluskan Penambahbaikan skim Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) untuk pekebun kecil getah Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah...

Lagi Artikel Berkaitan