25.3 C
Kuala Lumpur
Monday, January 13, 2025

Jaringan keselamatan sosial pekerja p-hailing, e-hailing akan dikaji

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

JARINGAN keselamatan sosial bagi pekerja sektor p-hailing dan e-hailing akan dibawa kepada Jemaah Menteri untuk kelulusan.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan berkata, untuk tujuan itu, pihaknya akan bertemu dengan wakil kumpulan terbabit bagi mendapatkan input sewajarnya.

“Kementerian Sumber Manusia sedang mengkaji bentuk jaringan keselamatan sosial. Jika nak tunggu akta dan sebagainya, ia akan ambil masa lama.

“Saya juga sudah bincang dengan pemangku Ketua Setiausaha kementerian berhubung perkara ini. Dalam seminggu dua ini, kita akan buat pengumuman bagaimana dapat gunakan kuasa menteri untuk memberikan jaringan keselamatan sosial kepada kumpulan ini,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas pelancaran Pinjaman Latihan Kemahiran Islamik (PLK-i) serta Portal Myperkasa Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur, di sini.

Baru-baru ini, sekumpulan pekerja e-hailing dan p-hailing melakukan mogok, susulan tidak berpuas hati dengan caj penghantaran yang dipotong oleh syarikat penyedia perkhidmatan.

Advertisements

Mengenai PLK-i, Saravanan berkata, pinjaman latihan kemahiran yang berkonsepkan patuh syariah itu, yang dibuka kepada semua kaum, akan merancakkan lagi agenda pemerkasaan TVET sejajar usaha negara untuk melahirkan lebih ramai pekerja mahir tempatan seiring kemajuan Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0).

“Ini satu produk daripada Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) bagi mengurangkan beban pemohon kerana mereka tidak perlu bayar faedah untuk 12 bulan pertama.

“Dalam pada itu, saya cadangkan juga kepada PTPK supaya mengambil kira perubahan yang sedang dan akan berlaku. Oleh kerana IR 4.0 akan bawa banyak perubahan, maka PTPK perlu mengenal pasti program yang ada peluang lebih cerah, bagi mengatasi masalah ketidaksepadanan kerja dengan kelulusan yang dimiliki,” katanya.

PLK-i yang dilancarkan hari ini, akan berkuat kuasa 15 Ogos bagi fasa pertama.

PTPK adalah agensi di bawah KSM yang menguruskan dana Pinjaman Latihan Kemahiran kepada pelatih yang mengikuti latihan kemahiran. – BERNAMA

Advertisements

Terkini

Anwar adakan lawatan rasmi ke UAE, tiga negara Eropah 

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berangkat ke Emiriah Arab Bersatu (UAE) bagi menghadiri Abu Dhabi Sustainability Week (ADSW). Perdana...

Lagi Artikel Berkaitan