27.8 C
Kuala Lumpur
Thursday, October 6, 2022

Pelajar cedera, ustaz terima empat jahitan diserang 5 lelaki

Dua lelaki ditahan manakala tiga lagi masih bebas.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SEORANG ustaz menerima empat jahitan di mata kanan dan cedera di tangan serta lebam di badan selepas diserang lima lelaki di sebuah pusat tahfiz di Jalan Cheneras, Kuala Lipis, Pahang, semalam.

Dalam kejadian jam 5.10 petang, suspek berusia 30-an bersama seorang pelajar tahfiz pergi ke pusat tahfiz itu yang mana tiga orang menyerang mangsa berusia 30-an yang ditugaskan menjaga pusat terbabit.

Menurut Ketua Polis Daerah Lipis, Superintendan Azli Mohd Noor, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada jam 6.43 petang yang dibuat oleh seorang pelajar tahfiz berusia 11 tahun yang turut mengalami kecederaan di badan ketika bersama ustaz terbabit.

“Punca kejadian akibat tidak puas hati terhadap ustaz berkenaan kerana pembayaran makanan di pusat tahfiz.

“Bertindak atas laporan polis, polis menjalankan beberapa serbuan pada awal pagi tadi di kawasan Damak, Jerantut di mana dua lelaki ditahan manakala tiga lagi masih bebas.

Baca juga:   Pekerja kilang tikam isteri sebelum terjun tingkat 12

“Semakan mendapati suspek mempunyai rekod kesalahan lampau jenayah dadah dan mereka berdua juga positif methamphetamine,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Azli berkata, suspek direman empat hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan dan Seksyen 448 kanun sama.

“Suspek turut disiasat mengikut Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Tiga lagi suspek yang masih bebas sudah dikenal pasti dan usaha mengesan serta menahan mereka sedang dijalankan,” katanya.

Baca juga:   Lelaki meninggal dunia ketika mendaki bukit

Terdahulu, tular dalam media sosial hari ini beberapa rakaman video yang menunjukkan beberapa orang lelaki bertindak menyerang sebuah pusat tahfiz di Jalan Cheneras.

Dalam satu video berdurasi 2.51 minit menunjukkan seorang lelaki yang memakai seluar pendek memarahi seorang mangsa sebelum bertindak memukulnya.

-EDISI9

Wartawan

Terkini

Bantuan Musim Tengkujuh pekebun kecil Risda ditambah baik

KABINET bersetuju meluluskan Penambahbaikan skim Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) untuk pekebun kecil getah Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah...

Lagi Artikel Berkaitan