31.8 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

Yayasan PEKEMA belanja kelengkapan raya anak asnaf, tahfiz

Mesti Baca

MENYANTUNI dan meraikan 250 anak-anak asnaf dan tahfiz sempena menyambut Aidilfitri, Yayasan PEKEMA (Persatuan Pengimpot dan Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia) membawa mereka membeli-belah sebagai persiapan Hari Raya di Pusat Beli-Belah Mydin, hari ini.

Program amal yang dianjurkan secara tahunan itu menjadi antara aktiviti tanggungjawab sosial korporat (CSR) Yayasan PEKEMA yang bertujuan berkongsi rezeki dan memberi kegembiraan kepada mereka yang memerlukan pada Hari Raya.

Presidennya, Datuk Mohamed Nazari Noordin, berkata program berkenaan memberi tumpuan kepada anak-anak asnaf dan tahfiz bagi berkongsi rezeki dan menyuntik kegembiraan ketika mereka menyambut perayaan.

Katanya, pihak Yayasan PEKEMA ingin berkongsi rezeki dengan menyediakan persiapan raya supaya mereka juga dapat menikmati suasana di Hari Raya pada tahun ini dengan lebih ceria dan bahagia.

“Mereka yang terdiri daripada 250 anak-anak asnaf dan tahfiz menerima sumbangan baucar bernilai RM200 setiap seorang untuk membeli kelengkapan baju raya.

“Program yang dijalankan Yayasan PEKEMA ini adalah sebagai satu usaha menyantuni dan membantu komuniti setempat.

“Sumbangan ini sekurang-kurangnya dapat membantu meringankan sedikit beban mereka dan menghulurkan nikmat berhari raya agar lebih bermakna serta menyemarakkan keindahan bersedeqah di bulan Ramadan, bulan yang penuh dengan keberkatan,” katanya ketika ditemui pada Program Shopping Raya Yayasan PEKEMA Bersama Anak-Anak Asnaf dan Tahfiz.

Advertisements

Nazari berkata, anak-anak asnaf dan tahfiz yang diraikan itu terdiri daripada Persatuan Kebajikan Al Rayyan Malaysia (OKU mata), Anak-anak Kampung Lanchong, Madrasah Tahfiz Miftahul Ulum dan Sekolah Tahfiz Anak Yatim Alkitab, Kg Paya Beranang.

“Mereka yang terbabit dalam program ini adalah cahaya-cahaya harapan dalam komuniti kita, dengan menyediakan sumbangan dan keperluan untuk menyambut hari raya, kami berharap dapat meringankan sedikit beban mereka serta memberi mereka pengalaman menyambut Hari Raya dengan lebih bermakna.

“Kita semua mempunyai tanggungjawab bersama untuk menyokong dan membantu sesama kita, terutamanya mereka yang memerlukan bantuan.

“Program ini adalah satu usaha kecil dari Yayasan PEKEMA untuk membawa sinar kebahagiaan dan keceriaan kepada mereka yang memerlukannya.

“Selain program shopping raya, Yayasan PEKEMA turut mengadakan majlis iftar bersama anak-anak asnaf, tahfiz dan jemaah di Masjid Muhammadi, Kuala Lumpur,” katanya.

Turut hadir pada program berkenaan adalah Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Berhad (Mydin), Datuk Ameer Ali Mydin dan isteri, Timbalan Presiden PEKEMA, Datuk Wan Sazrudeen Wan Zaid, Setiausaha PEKEMA, Ahmad Faresh Ahmad Zahid dan ahli-ahli jawatankuasa PEKEMA. -Edisi 9

Advertisements

Terkini

‘Oppa’ adaptasi kisah guru jadi mangsa ‘Love Scam’

TIDAK dinafikan kes yang membabitkan jenayah scam sememangnya cukup serius sehingga mangsa ditipu dan mengalami kerugian dari segi wang ringgit. Kejadian...

Lagi Artikel Berkaitan