26.4 C
Kuala Lumpur
Friday, February 14, 2025

Sekolah sukan disaman gajikan 15 PATI pekerja pembersihan

Mesti Baca

Lukman Ismail
Lukman Ismail
Berkecimpung lebih 30 tahun dalam dunia kewartawanan bersama media arus perdana. Keutamaan dalam penulisan berkaitan politik, sukan dan teknologi maklumat.

JABATAN Imigresen Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JIM WPKL) mengeluarkan dua saman kepada wakil sebuah sekolah sukan terkenal di Bukit Jalil kerana menggajikan pekerja asing tanpa izin (PATI) sebagai pekerja perkhidmatan pembersihan di premisnya.

Pengarah Imigresen WPKL, PgK Wan Mohammed Saupee Wan Yusoff berkata, dalam satu operasi ke sekolah tersebut pihaknya menahan 15 PATI terdiri daripada lima lelaki dewasa dan 10 wanita.

Beliau berkata, kesemua mereka telah ditahan di Depot Imigresen Bukit Jalil bagi tujuan siasatan lanjut.

Katanya, mereka dipercayai telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6(1)(c) iaitu tidak mempunyai Pas atau Permit yang sah untuk tinggal di Malaysia serta Seksyen 15(1)(c), akta yang sama iaitu tinggal di Malaysia melebihi tempoh yang dibenarkan.

“Jika disabitkan kesalahan boleh dihukum denda tidak lebih daripada RM10,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya sekali dan boleh dikenakan tidak lebih daripada enam kali sebatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Advertisements

Sehubungan itu, JIM WPKL menyeru semua majikan yang berurusan dalam mana-mana permohonan perlulah bertanggungjawab bagi memastikan semua dokumen yang dikemukakan adalah tulen dan diperolehi daripada agensi pengeluar dokumen dan bukan melalui agen atau pihak ketiga.

Katanya, pemilik atau operator premis dan lebih-lebih lagi majikan juga diingatkan dengan tegas bahawa melindungi PATI dengan membenarkan mereka berada di dalam premis juga adalah suatu kesalahan apatah lagi menggajikan mereka.

Beliau menegaskan, JIM WPKL tidak akan sesekali berkompromi dengan mana-mana pihak dalam menguatkuasakan undang-undang bagi memastikan kedaulatan, keselamatan dan keamanan negara dipelihara.

Selain itu, katanya, ia bagi memastikan bandar Kuala Lumpur tidak lagi menjadi tempat yang kondusif bagi PATI serta mana-mana pihak yang cuba melindungi dan lebih-lebih lagi menggajikan pekerja sedemikian.

“Kepada semua majikan yang telah mendaftarkan PATI untuk program RTK 2.0 diminta segera hadir ke pejabat RTK 2.0, JIM WPKL untuk menyelesaikan proses verifikasi bagi membolehkan urusan pengeluaran permit kerja sementara disempurnakan tanpa menunggu sehingga saat akhir dan bagi mengelakkan sebarang kesulitan,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Peranan ELTC dipeluas tingkat penguasaan BI guru, murid

PERANAN Pusat Pengajaran Bahasa Inggeris (ELTC) akan diperluaskan bagi meningkatkan penguasaai bahasa Inggeris dalam kalangan guru dan murid sekolah. Menteri...

Lagi Artikel Berkaitan