26.6 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 1, 2024

4 ditahan guna syarikat ‘atas angin’ mohon RTK, gajikan PATI

Mesti Baca

EMPAT individu ditahan Jabatan Imigresen Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JIM WPKL) setelah didapati cuba memalsukan dokumen dengan menggunakan alamat syarikat tidak wujud bagi memohon Rekalibrasi Tenaga Kerja 2.0 (RTK 2.0) serta menggajikan pendatang asing tanpa izin (PATI).

Pengarah Imigresen WPKL, PgK Wan Mohammed Saupee Wan Yusoff berkata, mereka yang ditahan terdiri daripada empat warga tempatan termasuk seorang wanita.

Beliau berkata, mereka dipercayai pemilik syarikat telah memalsukan beberapa dokumen permohonan dan mengemukakan alamat syarikat yang mengelirukan serta sengaja didaftarkan bagi mengaburi pandangan pihak berkuasa dan juga lain-lain dokumen syarikat yang dipercayai turut dipalsukan.

“Kegiatan yang boleh menggugat keselamatan dan ketenteraman warga tempatan di tanah sendiri ini berjaya ditumpaskan dengan hasil risikan selama 30 hari, naziran ke pejabat pengeluar dokumen dari enam negeri serta bertindak atas aduan orang awam yang bertanggungjawab bersama mempertahankan keamanan negara tercinta,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Wan Mohammed Saupee berkata, bertindak atas maklumat tersebut, pasukan operasi telah digerakkan melalui empat Op Sapu daripada Bahagian Penguatkuasaan JIM WPKL menggempur premis-premis syarikat yang terletak di sekitar Kuala Lumpur.

Advertisements

Manakala, ada juga majikan yang dipanggil ke Bahagian Penguatkuasaan, JIM WPKL di Kompleks Kementerian Dalam Negeri (KDN) Jalan Duta bagi memberi keterangan lanjut.

Beliau berkata, tindakan tersebut bertujuan mendapatkan kelulusan permohonan ratusan kuota untuk pekerja warga asing yang memohon melalui syarikat mereka dalam Program RTK 2.0.

“Keempat-empat sabjek telah ditahan bagi membantu siasatan kes kerana dipercayai dengan munasabah telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 56(1)(k), Akta Imigresen 1959/63 iaitu cubaan memperolehi untuk diri orang lain (pekerja warga asing) suatu Pas dengan memberi kenyataan palsu.

“Sabit kesalahan mereka boleh dihukum denda tidak kurang daripada RM30,000 dan penjara tidak kurang lima tahun tetapi tidak melebihi 10 tahun dan hendaklah juga dihukum sebat tidak lebih daripada enam sebatan,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Kupang PD masih belum selamat dimakan, 81 penternak terjejas

KUPANG dari perairan Port Dickson, Negeri Sembilan masih belum selamat dimakan kerana masih menunjukkkan kandungan biotoksin yang tinggi. Jabatan Perikanan...

Lagi Artikel Berkaitan