25.6 C
Kuala Lumpur
Friday, May 17, 2024

Pengasas KK Mart menangis, merayu tidak boikot kedainya

Mesti Baca

PENGASAS yang juga Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Mart, Datuk Seri Dr KK Chai hari ini menangis dan merayu orang ramai agar tidak memboikot rangkaian kedai serbanekanya ekoran isu stoking kalimah Allah.

Chai berkata, beliau sedia berjumpa dengan pihak-pihak berkenaan termasuk Ketua Pemuda UMNO, Dr Akmal Saleh bagi menjelaskan perkara tersebut.

Beliau menyifatkan insiden tersebut sebagai sesuatu yang tidak dijangkakan oleh pihaknya.

“Saya harap tiada tindakan boikot terhadap KK Mart dan saya bersedia untuk berjumpa semua pihak bagi menjelaskan perkara ini termasuk Ketua Pemuda UMNO (Dr Akmal Saleh) yang ada membuat kenyataan boikot sebelum ini.

“Kami tidak lari dan memang bertanggungjawab sepenuhnya dalam hal ini selain minta maaf secara terbuka kepada masyarat terutama yang beragama Islam.

“Kami tahu betapa marahnya orang ramai terhadap KK Mart selepas insiden ini… perkara ini bukan disengajakan dan kami akui kesilapan telah berlaku… beri ruang dan peluang untuk kami betulkan segera,” katanya dengan menitiskan air mata.

Beliau berkata demikian dalam sidang media khas di ibu pejabat KK Mart di Bandar Tasik Selatan, Kuala Lumpur hari ini.

Advertisements

Chai berkata, sepanjang tempoh 23 tahun mengusahakan perniagaan itu, syarikat tersebut tidak pernah melakukan kesilapan seumpama itu, apatah lagi ia sesuatu yang sensitif.

Sebagai ahli perniagaan di negara ini, katanya, beliau sudah cukup arif dan peka dengan sensitiviti masyarakat berbilang bangsa dan agama.

Sebab itu, jelas beliau, sebaik sahaja stoking kalimah Allah itu tular di media sosial pada 13 Mac lalu, pihak pengurusannya telah mengambil tindakan pantas dengan memohon maaf di platform media sosial selepas dua jam mengetahui perkara tersebut.

“Perkara sudah terjadi dan kita tidak mahu hanya memberikan alasan tetapi mengambil tanggungjawab sepenuhnya terhadap apa yang berlaku dan menjamin akan lebih berhati-hati dan berfokus selepas ini mengelak perkara sama berulang lagi.

“Sebagai langkah susulan, kami juga telah membuat laporan di Balai Polis Sungai Besi 14 Mac lalu dan memberi kerjasama kepada siasatan pihak polis.

“Pada masa sama, kami juga sudah menghantar surat penerangan menerusi e-mel kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar serta pihak jabatan-jabatan yang bertanggungjawab dalam agama Islam berhubung isu ini.

“Semua tindakan ini sebagai kesediaan kami untuk bekerjasama dalam apa jua bentuk siasatan selepas ini,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

KPM umum beberapa inisiatif termasuk lonjak kapasiti guru digital

KEMENTERIAN Pendidikan (KPM) hari ini mengumumkan beberapa inisiatif antaranya bagi melonjakkan kapasiti guru dalam bidang digital, kata Menteri Pendidikan,...

Lagi Artikel Berkaitan