27.7 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 30, 2024

Bot nelayan Vietnam ditahan, hasil RM1.7 juta dirampas

Mesti Baca

AGENSI Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Pahang menahan sebuah bot nelayan Vietnam bersama enam kru kerana menceroboh perairan negara dan mencuri hasil laut di perairan Pulau Tioman membabitkan nilai rampasan termasuk bot kira-kira RM1.7 juta, pada Khamis lepas.

Pengarahnya Laksamana Pertama Maritim Mazlan Mat Rejab berkata, pihaknya mengesan sebuah bot yang bergerak dalam keadaan mencurigakan ketika pasukan udara menjalankan rondaan penerbangan dan menahan bot itu pada jarak lebih kurang 35 batu nautika di timur laut perairan pulau peranginan itu.

“Hasil penggeledahan mendapati enam kru termasuk tekong berumur dalam lingkungan 19 hingga 37 tahun yang kesemuanya adalah lelaki warganegara Vietnam, berada di atas bot itu.

Advertisements

“Pemeriksaan lanjut mendapati kesemua kru yang ditahan tidak mempunyai dokumen pengenalan diri selain mengemukakan lesen bot meragukan dan tidak mempunyai kebenaran melakukan aktiviti penangkapan ikan di perairan negara,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Bot nelayan Vietnam ini turut disita.

Beliau berkata kes akan disiasat di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Perikanan 1985 yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM6 juta bagi tekong dan RM600 ribu bagi setiap kru sekiranya disabit kesalahan.

Menurutnya bot berserta 250 kilogram hasil tangkapan laut disita untuk tindakan lanjut. Edisi 9

Advertisements

Terkini

Mahkamah lulus permohonan bekas kakitangan Utusan Melayu

SELEPAS hampir lima tahun tiada sebarang berita mengembirakan buat bekas kakitangan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad yang ditamatkan perkhidmatan selepas...

Lagi Artikel Berkaitan