29.8 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

Yakult, IRM santuni keluarga asnaf sempena Ramadan

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

PENGELUAR minuman probiotik, Yakult Malaysia Sdn. Bhd. bersama Islamic Relief Malaysia (IRM) menyantuni 1,825 asnaf di 12 buah negeri menerusi edaran pek makanan Rezeki Ramadan.

Pengurus Kanan Jabatan Sains dan Perhubungan Awam Yakult, Lim Siew Ling berkata, sumbangan itu diedarkan dari 17 hingga 29 Mac lalu dengan agihan dua pek minuman Yakult Ace dan Yakult Ace Light serta pek makanan keperluan asas Rezeki Ramadan IRM.

Katanya, barangan keperluan asas itu termasuk tepung, minyak masak, bihun, sos, biskut, sardin, kicap, garam, gula, teh, kopi, malt coklat, kurma, santan kotak, serbuk kari dan kunyit, kari ayam atau daging dalam tin serta pelitup muka.

“Lantaran respon baik yang diterima daripada penerima manfaat menerusi kerjasama strategik Yakult dan IRM pada edaran tahun lalu, kami berbesar hati meneruskan lagi usaha-sama pada Ramadan kali ini.

“Dengan adanya program tanggungjawab sosial korporat (CSR) seperti ini, kami berharap sedikit sebanyak dapat membantu masyarakat untuk lebih peka dalam menjaga kesihatan usus mereka,” katanya menerusi kenyataan baru-baru ini.

Antara negeri yang dijelajahi ialah Perak, Pahang, Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Johor, Terengganu, Kedah, Melaka, Kelantan, Kuala Lumpur, Sabah dan Sarawak.

Advertisements
Aminah Samad bersama sewaktu edaran sumbangan di Masjid Kariah Gadong Jaya, Seremban, Negeri Sembilan.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif IRM, Mohd. Shukor Tahir berkata, IRM sangat mengalu-alukan kerjasama mana-mana pihak untuk bersama-sama membantu mereka yang memerlukan seperti yang dilaksanakan bersama Yakult.

“Kerjasama ini bukan sahaja memberi kebaikan kepada penerima manfaat yang disantuni, malah turut memberi nilai tambah serta melengkapkan lagi sumbangan pek makanan Rezeki Ramadan yang sedia ada diedarkan,” jelasnya.

Dalam pada itu, penerima sumbangan, Aminah Samad berkata, beliau bersyukut terpilih menerima sumbangan tersebut.

“Sebak rasa. Cucu-cucu mesti seronok tengok biskut dan makanan yang dapat lebih-lebih lagi ada air Yakult ini. 

“Kalau hendak beli sendiri susah sikit sebab biasanya kami akan dahulukan pembelian barangan makanan asas lain yang lebih penting,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Malaysia negara pertama terima visa haji – Mohd Na’im

MALAYSIA menjadi negara pertama yang menerima pengeluaran visa haji daripada Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi bagi jemaah musim haji 1445H/2024 ini. Menteri...

Lagi Artikel Berkaitan