28 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 23, 2024

Harga minyak masak botol 5kg ditentukan setiap bulan

Harga minyak masak pada bulan ini adalah RM34.70 berkuat kuasa mulai 8 Ogos ini.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

HARGA minyak masak sawit tulen tidak bersubsidi dalam botol lima kilogram (kg) akan ditetapkan secara bulanan. 

Pengerusi Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi, Tan Sri Annuar Musa berkata, sejajar dengan pengumuman itu, harga minyak masak pada bulan ini adalah RM34.70 berkuat kuasa mulai 8 Ogos ini.

Menurutnya, keputusan tersebut mengambil kita penetapan harga maksimum Minyak Sawit Mentah (CPO) yang diumumkan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) pada setiap bulan.

“Bagi bulan Ogos, MPOB telah memaklumkan harga minyak sawit purata bagi bulan yang lepas iaitu bulan Julai, ialah pada RM4,631 tan metrik. Berdasarkan pada harga tersebut, harga jualan minyak masak dalam botol lima kilogram telah diputuskan untuk ditetapkan pada RM34.70.

“Dari tarikh yang diumumkan hari ini, yakni sekarang, penguatkuasaan di kedai-kedai di peringkat runcit hendaklah mula dilaksanakan tujuh hari kemudian iaitu bermula 8 Ogos ini. Bermakna minyak masak lima kg pada masa ini antara RM39 dan RM40 hendaklah dijual pada harga maksimum RM34.70,” katanya dalam sidang akhbar di Parlimen, hari ini.

Advertisements

Dalam pada itu, beliau menyatakan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan mengambil langkah untuk mewartakan harga maksimum yang ditetapkan ini dan ia dibuat dalam tempoh seminggu bagi membolehkan pelaksanaan dilakukan pada 8 Ogos.

Menurutnya, pada bulan-bulan akan datang, keadah sama dikekalkan yang mana setiap 1 hari bulan, MPOB akan buat pengumuman harga.

“Satu kaedah pengiraan turut ditentukan KPDNHEP setelah berunding dengan pemain-pemain industri bagi memastikan margin keuntungan,” katanya.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Agong, Permaisuri zahir rasa sedih tragedi nahas helikopter TLDM

YANG di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah menzahirkan rasa sedih atas tragedi nahas dua...

Lagi Artikel Berkaitan