24.9 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Gempa bumi lemah direkodkan di Kundasang pagi ini

Gegaran turut dirasai di sekitar Kundasang dan Ranau.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

GEMPA bumi lemah direkodkan berlaku di Kundasang, Sabah pada 7.27 pagi tadi.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam satu hantaran di Facebook berkata, gempa dikesan di kedudukan 13 kilometer (km) dari barat laut Ranau, pada kedalaman 10 km.

Menurutnya, gegaran turut dirasai di sekitar Kundasang dan Ranau.

“Jabatan Meteorologi Malaysia akan terus memantau keadaan ini.

Advertisements

“Sesiapa yang merasai gegaran akibat gempa bumi ini diminta mengisi borang soal selidik di pautan ini https://forms.gle/1Yq2EoxSx5azJ87t9,” katanya hari ini.

Untuk rekod, gempa bumi lemah pernah dilapor berlaku di Kundasang pada 26 April lalu, namun tidak menyebabkan sebarang kerosakan mahupun kecederaan.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan