27.9 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Kepercayaan masyarakat, pendidik bawa banyak transformasi

KPM komited melakukan yang terbaik dalam mentransformasi sektor pendidikan negara.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

KEPERCAYAAN masyarakat serta seluruh warga pendidikan akan membawa kepada lebih banyak pelaksanaan transformasi.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin berkata, langkah berkenaan akan menjadikan pendidikan negara lebih gemilang pada masa akan datang.

“Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) komited melakukan yang terbaik dalam mentransformasi sektor pendidikan negara,” katanya dalam satu hantaran di Facebook malam tadi.

Beliau berkongsikan hantaran berkenaan sempena lawatannya ke Alamanda Putrajaya bagi menghadiri Showcase Transformasi Pendidikan sempena program Bersama Semarakkan Transformasi Pendidikan yang sedang berlangsung di seluruh negara.

Menurut beliau, showcase berkenaan berlangsung selama tiga hari bermula semalam.

“Antara tujuannya adalah untuk mengetengahkan bakat dan inovasi murid serta guru, selain mempamerkan perkembangan pendidikan digital yang giat dilaksanakan melalui transformasi pendidikan, khususnya dalam tempoh 2 tahun yang lalu.

“Dalam ucapan tadi, saya berkongsi mengenai pendekatan KPM sebelum membuat keputusan pemansuhan UPSR dan PT3.

“KPM telah melaksanakan libat urus secara berterusan dengan pelbagai pihak berkepentingan meliputi murid, ibu bapa, guru, ahli akademik, pemain industri dan juga badan bbukan kerajaan (NGO) berkaitan pendidikan bagi mendapatkan input dan maklum balas,” katanya.

Selain mengurangkan pendidikan yang tertumpu kepada peperiksaan, menurut Radzi pemansuhan berkenaan juga memberikan lebih ruang kepada pendidik memberi tumpuan dalam membentuk kemenjadian murid, serta mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan di sekolah.

“Langkah ini juga akan membolehkan guru menjadi lebih kreatif dalam pedagogi pembelajaran dan pengajaran (PdP) masing-masing,” katanya.

-tamat-

Terkini

Imigresen serbu pusat hiburan sediakan ‘call girl’, 63 ditahan

JABATAN Imigresen Johor menyerbu sebuah pusat hiburan yang disyaki menyediakan gadis panggilan (call girl) di Taman Mount Austin, Johor...

Lagi Artikel Berkaitan