23.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, February 4, 2023

Covid-19: Selangor kekal catat kes harian tertinggi lebih 1,000

Kes aktif Covid-19 di seluruh negara merekodkan negatif 758 kes dengan jumlah kumulatif kes aktif kini sebanyak 44,617 kes.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

KES baharu Covid-19 semalam menunjukkan peningkatan kepada 4,334 kes dengan enam kes import berbanding 3,943 kes kelmarin.

Ini sekaligus menjadikan jumlah kumulatif jangkitan virus tersebut kini mencecah 4,694,507 kes.

Berdasarkan data pada laman web CovidNow, Selangor terus mencatatkan jumlah kes harian tertinggi dengan 1,830 kes diikuti Kuala Lumpur (829), Sabah (328), Perak (284), Melaka (167), Sarawak (152), Pulau Pinang (134), Negeri Sembilan (119), Putrajaya (104) dan Kedah (101).

“Turut menyumbang kepada peningkatan kes Covid-19 semalam adalah Johor (82), Pahang (74), Kelantan (64), Terengganu (44), Perlis (13) dan Labuan (sembilan)

“Kes aktif Covid-19 di seluruh negara merekodkan negatif 758 kes dengan jumlah kumulatif kes aktif kini sebanyak 44,617 kes.

Baca juga:   BN cadang nama Hasni calon tunggal MB

“Sejumlah 5,082 kes sembuh juga telah direkodkan dengan jumlah keseluruhan pulih daripada Covid-19 kini seramai 4,651,805 orang,” kongsi data berkenaan hari ini.

Pada masa sama, sebanyak 11 kematian dilaporkan dengan satu kes meninggal dunia di luar hospital atau brought in dead (BID) yang seterusnya menjadikan jumlah kematian sebanyak 36,080 dan BID 7,669.

Sebanyak 42,926 kes dikuarantin di rumah, 28 kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), 1,595 kes di hospital, 24 kes di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa bantuan pernafasan dan 44 kes di ICU dengan bantuan pernafasan.

-EDISI9

Wartawan

Terkini

Dr Amalina rasa bangga dijemput ke Istana Buckingham, London

SIAPA yang tidak rasa bangga apabila dapat menjejakkan kaki di Istana Buckingham, London. Begitulah yang dirasai pakar bedah kelahiran Malaysia,...

Lagi Artikel Berkaitan