23.3 C
Kuala Lumpur
Saturday, October 8, 2022

KPLB anjur program budayakan integriti JPKK

INFRA akan turut memfokuskan kepada modul-modul berkaitan integriti dan tadbir urus dana kerajaan bagi memastikan JPKK yang dilantik memahami tatacara dan prosedur dalam pengendalian dana awam. 

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

KEMENTERIAN Pembangunan Luar Bandar (KPLB) akan melaksanakan lebih banyak Program Integriti dan Tadbir Urus Dana Kerajaan dalam kalangan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) di seluruh negara bagi melestarikan budaya integriti organisasi berkenaan.

Timbalan Menteri I Pembangunan Luar Bandar, Datuk Sri Abdul Rahman Mohamad berkata, KPLB menerusi Institut Kemajuan Desa (INFRA) akan turut memfokuskan kepada modul-modul berkaitan integriti dan tadbir urus dana kerajaan bagi memastikan JPKK yang dilantik memahami tatacara dan prosedur dalam pengendalian dana awam. 

“Pada masa kini, semua JPKK yang dilantik akan menjalani kursus di INFRA dengan mengikuti beberapa modul asas seperti kepimpinan dan pengurusan kampung, keusahawanan, teknologi maklumat dan inap desa, selain memberi penekanan terhadap peranan dan tanggung jawab JPKK.

“Aspek integriti dan tadbir urus dana kerajaan akan ditambah dan dimasukkan dalam modul sedia ada dengan kerjasama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) bagi memastikan kepekaan dan kesedaran JPKK dalam mengendalikan pengurusan dana awam kerajaan selain mengelakkan ketirisan,” katanya.

Baca juga:   Spritzer perkenal pelan langganan

Beliau berkata demikian ketika hadir merasmikan Kempen Penanaman 100 juta pokok di sekitar Bandar Lipis, Pahang, hari ini. 

Turut hadir Ketua Pengarah Penyiaran, Datuk Che Roslan Che Daud. 

Abdul Rahman turut mengulas mengenai aduan berkaitan rasuah dan salah guna kuasa dalam kalangan JPKK Negeri Pahang yang disiarkan dalam beberapa portal berita baru-baru ini. 

Menurutnya, laporan itu turut memetik perangkaan dari Pengarah Bahagian Pendidikan Masyarakat SPRM, Datuk Razim Mohd Nor yang menyatakan SPRM menerima sejumlah 21 maklumat dan aduan melibatkan JPKK Negeri Pahang dalam tempoh lima tahun bermula 2018 yang merangkumi 14 maklumat salah guna kuasa, enam menerima rasuah dan satu tuntutan palsu.

Baca juga:   Bajet 2023: KPLB terima peruntukan RM10.93 billion

“Daripada jumlah itu satu kes telah dituduh di mahkamah, dua kes masih dalam siasatan, lima kes menerima surat untuk memperbaiki kelemahan prosedur JPKK, manakala 13 kes tiada tindakan lanjut.

“Dalam pada itu, seramai 15,434 JPKK seluruh negara akan dibekalkan pelbagai maklumat terkini dan sahih daripada kerajaan selain menyalurkan maklumat berkaitan bantuan dan dana yang disediakan oleh kerajaan dalam membangunkan komuniti kampung masing-masing. 

Abdul Rahman juga berkata, JPKK yang menjadi barisan hadapan dalam komuniti diharap agar senantiasa menitik beratkan aspek integriti dan tadbir urus yang baik dalam memastikan penyaluran dana kerajaan menerusi bantuan dan projek-projek luar bandar dapat dimanfaatkan oleh penduduk di kawasan luar bandar. 

Baca juga:   PM mahu rakyat semai sifat prihatin dalam diri

KPLB juga tambah beliau memperkenalkan “Aspirasi Kampung Sejahtera” bagi mencapai aspirasi wawasan “Luar Bandar Sejahtera” ke arah mewujudkan komuniti kampung yang berdaya tahan, berinisiatif, berdikari dan berilmu. 

-EDISI9

Wartawan

Terkini

Terima kasih kerajaan sedia peruntukan besar untuk pendidikan

Oleh TAQIYUDDIN AMINI ABDUL SATAR SAYA mengalu-alukan peruntukan Bajet 2023 bagi Kementerian Pendidikan sebanyak RM55.6 bilion, kenaikan sebanyak RM3 bilion...

Lagi Artikel Berkaitan