31.1 C
Kuala Lumpur
Thursday, March 30, 2023

Aizat Amdan sah suami Elyssa Alia dengan sekali lafaz

Aizat dan Elyssa meyimpan impian untuk berbulan madu di Tulum, Mexico.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

PENYANYI popular, Aizat Amdan, 33, sah bergelar suami kepada pasangannya, Elyssa Alia Illias, 34, dengan sekali lafaz dalam majlis pernikahan yang berlangsung di A-Park, di Puchong, Selangor, 9.17 pagi tadi.

Mereka dinikahkan bapa pengantin perempuan, Leftenan Kolonel (B) Illias Moideen disaksikan jurunikah, Ustaz Idrus Mohd Shahlan dengan mas kahwin RM300.

Aizat ketika ditemui pemberita berkata, perkahwinan berkenaan adalah permulaan baharu untuk mereka. 

“Ini adalah fasa dan permulaan baharu buat kami berdua. Dah lama orang tanya saya soalan mengenai jodoh, jadi inilah jodoh saya,” katanya. 

Aizat dan Elyssa meyimpan impian untuk berbulan madu di Tulum, Mexico berkata, dia menyimpan angan-angan untuk membuka studio di tepi pantai.

“Manakala Elyssa pula ada impian untuk membuka sekolah menyelam serta vila di tepi pantai. 

Baca juga:   Kritik UMNO: 'Helo bro, dari mana dapat idea cakap macam tu?'

“Insya-Allah, November ini saya akan ke Los Angeles atas urusan kerja dan dah alang-alang, akan ke Tulum untuk bercuti,” katanya. 

Turut hadir memeriahkan majlis adalah kira-kira 100 tetamu termasuk keluarga, rakan-rakan dan media. 

Pihak pengantin lelaki menghantar tiga dulang hantaran, manakala pengantin perempuan membalas dengan lima dulang. Bagaimanapun jumlah wang hantaran dirahsiakan. 

Aizat dan Elyssa menjalinkan hubungan cinta selama tiga tahun sebelum membuat keputusan untuk berkahwin pada Januari, merisik pada Februari dan seterusnya melangkah ke alam perkahwinan. 

Sebagai penghargaan, Aizat juga sebelum ini melancarkan lagu berjudul Hanya Kita Dua yang dihasilkan dan didedikasikan buat isterinya. 

Baca juga:   YB Rara selamat mendirikan rumah tangga, sekali lagi

-EDISI9

Wartawan

Terkini

Principal lancar Dana, pelaburan mampan patuh syariah

PRINCIPAL Malaysia (Principal) memperkenalkan dana pelaburan patuh syariah yang direka untuk memenuhi permintaan pelabur Malaysia bagi pelaburan mampan yang...

Lagi Artikel Berkaitan