24.3 C
Kuala Lumpur
Sunday, October 6, 2024

Tok Mat lepas jawatan Timbalan Presiden jika kalah PRU-15

Pertarungan PRU15 cukup berbeza kerana BN perlu bersaing dengan PH dan PN.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

PILIHAN Raya Umum Ke-15 (PRU15) dilihat sebagai peluang terakhir untuk Barisan Nasional (BN) kembali mentadbir Kerajaan Persekutuan.

Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hassan berkata, jika BN gagal meraih kemenangan dalam pilihan raya kali ini, peluang untuk memenangi dalam pilihan raya akan datang akan menjadi lebih sukar.

Malah, beliau juga sanggup melepaskan jawatannya jika BN mengalami kekalahan pada PRU15.

“Keutamaan kita adalah PRU15. Kita mesti menang, kalau kalah, siapa nak jawatan timbalan presiden, ambillah. Saya sanggup. Jujurnya, kalau parti kalah, bagilah kepada orang muda ke, siapa-siapa nak..ambil, tetapi selagi kita berhadapan dengan PRU-15, keutamaan saya sebagai pengarah pilihan raya, komitmen saya adalah menang.

“BN mesti menang, kalau tak menang, susah nak bangun semula. Jadi, inilah peluang terakhir untuk kita membuktikan dan bangkit semula untuk menawan Putrajaya,” katanya ketika merasmikan Konvensyen Wanita BN di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur.

Ujar ADUN Rantau itu lagi, pertarungan PRU15 cukup berbeza kerana BN perlu bersaing dengan Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN).

“Sangat sukar sebenarnya untuk kita tawan Putrajaya, pengundi mungkin sudah selesa dengan kerajaan sedia ada atau mereka mahukan PH. Sebab itu, kita perlu bangkit dan menang. PRU15 pun dah hampir, kalau ini larian 100m, tinggal 15m, pecutlah..tahan nafas supaya kita dapat cecah garis penamat pada PRU15.

Advertisements

“Ini pertarungan terakhir, hidup atau mati, kalau nak hidup, menang PRU15..kalau tidak saya mengalah,” katanya.

Beliau bagaimanapun yakin BN boleh meraih kemenangan berdasarkan kepada keputusan yang diperoleh BN semasa pilihan raya kecil (PRK) dan pilihan raya negeri (PRN).

“Sebanyak tujuh PRK kita dapat sokongan rakyat, PRN di Sabah, Melaka dan Johor, rakyat telah beri mandat kepada BN, bukan menang sikit-sikit, bukan menang biasa-biasa, ini menang luar biasa,” katanya.

Namun, beliau menggesa semua jentera parti supaya tidak mencetuskan sebarang perbalahan yang boleh memecah belahkan parti.

“Kalau nak menang, jangan ada perbalahan. Saya dapat menghidu di negeri-negeri, itu sebabnya ada negeri yang ada sedikit masalah, ada yang banyak, saya mempunyai deria hiduan yang tinggi, saya boleh hidu sesuatu yang betul-betul bermasalah.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

‘Bike Week’ Team Selangor bina semangat patriotisme

TEAM Selangor telah menganjurkan program ‘Bike Week’ dalam usaha membina semangat patriotisme sempena bulan Kemerdekaan 31 Ogos dan Hari...

Lagi Artikel Berkaitan