31.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Anggota polis tunggang Benelli maut rempuh BMW

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Kuala Kubu Bharu untuk bedah siasat.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SEORANG anggota polis berpangkat Lans Koperal maut sejurus motosikal berkuasa tinggi ditunggang merempuh sebuah kereta di Kilometer 2, Jalan Batang Kali-Genting Highlands, Hulu Selangor, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.30 pagi tadi, mangsa, Mohd Zariff Affandi Zainol Abidin bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya meninggal dunia di lokasi kejadian akibat pendarahan dalaman.

Menurut Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Arsad Kamaruddin, kemalangan membabitkan dua kenderaan iaitu kereta model BMW dan motosikal model Benelli.

“Siasatan awal mendapati mangsa dari Petaling Jaya menghala ke Genting Highlands.

“Setibanya di lokasi selekoh tajam, mangsa dipercayai termasuk ke laluan bertentangan dan melanggar kereta BMW dipandu seorang lelaki warga emas berusia 63 tahun,” katanya.

Arsad berkata, akibat kemalangan itu mangsa maut di tempat kejadian manakala pemandu BMW tidak cedera.

Menurutnya, mayat mangsa dibawa ke Hospital Kuala Kubu Bharu untuk bedah siasat.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Sehubungan itu, orang ramai yang melihat atau mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta tampil untuk membantu polis.

Sementara itu, Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed dan Pengerusi PERKEP Selangor, Datin Baidzura Su @ Busu serta seluruh warga kerja Kontinjen Selangor mengucapkan salam takziah kepada ahli keluarga Allahyarham Lan Koperal Mohd Zariff Affandi Zainol Abidin.

“Allahyarham meninggal dunia pada usia 31 tahun dan telah berkhidmat dalam PDRM selama 8 tahun. Perkhidmatan terakhir Allahyarham di Balai Polis Petaling Jaya, IPD Petaling Jaya.

“Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan di tempatkan dari kalangan orang-orang yang beriman,” katanya.

-EDISI9

Terkini

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar meninggal dunia

BEKAS Ketua Polis Negara (KPN), Tun Mohammed Hanif Omar meningggal dunia di kediamannya di Shah Alam, Selangor pagi ini. Allahyarham...

Lagi Artikel Berkaitan