25 C
Kuala Lumpur
Saturday, October 1, 2022

Bayi lelaki empat bulan meninggal dunia di rumah pengasuh

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9


SEORANG bayi lelaki berusia empat bulan meninggal dunia dipercayai sesak nafas ketika dalam jagaan di rumah pengasuhnya di sebuah kondominium di Taman Cempaka, Ampang Jaya, Selangor Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, bayi tersebut disahkan meninggal dunia kira-kira jam 6.35 petang.

Menurut Mohamad Farouk, seorang pegawai perubatan dari Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Ampang, menerima mangsa yang dibawa dari sebuah klinik di Pandan Indah, di sini, menaiki ambulans kira-kira jam 6.30 petang.

Menurut doktor terbabit, mangsa gagal diselamatkan meskipun bantuan kecemasan diberikan.

“Pemeriksaan juga menunjukkan mangsa sudah lama meninggal dunia,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mohamad Farouk berkata, bedah siasat dijalankan di hospital berkenaan bagi mengesan punca kejadian.

Sehubungan itu, beliau berkata, polis menahan pengasuh warga Indonesia berusia 26 tahun itu di Hospital Ampang ketika membawa mangsa bagi mendapatkan rawatan.

Baca juga:   FELCRA agih keuntungan RM136.4 juta kepada 73,000 peserta

“Berdasarkan keterangan, suspek memaklumkan bayi tersebut dalam keadaan sesak nafas kerana kain lampin dalam buaian berada di muka mangsa,” ujarnya.

Katanya, pemeriksaaan ke atas suspek mendapati wanita itu tidak mempunyai rekod lampau jenayah mahupun dadah.

“Bayi itu dihantar kepada pengasuh terbabit sejak Jun lalu dan ketika kejadian kedua ibu dan bapa mangsa sedang bekerja.

“Kes akan disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 kerana berlaku penganiayaan, pengabaian, pembuangan, atau pendedahan kanak-kanak.

Baca juga:   Fosil gajah purba 30,000 tahun ditemukan di Perak

“Sekiranya disabitkan kesalahan, wanita itu boleh dihukum penjara maksimum 10 tahun atau denda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya sekali,” katanya. – Edisi 9

Terkini

MKT UMNO putuskan PRU-15 mesti diadakan tahun ini

MAJLIS Kerja Tertinggi (MKT) UMNO malam ini memutuskan agar pembubaran Parlimen hendaklah diadakan dalam masa terdekat bagi membolehkan Pilihan...

Lagi Artikel Berkaitan