23.3 C
Kuala Lumpur
Saturday, October 8, 2022

KPLB peruntuk hampir RM176 juta untuk elaun JPKK, JPKKP

Dua lagi negeri iaitu Pulau Pinang dan Selangor belum disalurkan peruntukan elaun tersebut.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

KEMENTERIAN Pembangunan Luar Bandar (KPLB) menyediakan peruntukan hampir RM176 juta bagi bayaran elaun kepada Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) dan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP), tahun ini.

Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, sejumlah lebih RM80 juta telah selesai disalurkan kepada 12 negeri bagi fasa satu bulan Januari-Jun.

“Elaun berkenaan adalah insentif oleh Kerajaan Persekutuan sebagai menghargai peranan JPKK dan JPKKP dalam menggerakkan komuniti setempat.

“Kerajaan melihat peranan JPKK amat penting sebagai perantara di peringkat akar umbi dalam menyalurkan sebarang masalah atau aduan masyarakat kepada pihak berkuasa serta agensi yang berkaitan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan JPKK Negeri Melaka oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali, hari ini.

Baca juga:   Wakil belia dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah FELDA

Turut hadir, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) KPLB, Datuk Che Murad Sayang Ramjan dan Pengarah KPLB Melaka, Norazlin Mohd Nor.

Jelas Mahdzir, dua lagi negeri iaitu Pulau Pinang dan Selangor belum disalurkan peruntukan elaun tersebut.

Bagi Pulau Pinang katanya, elaun belum dapat disalurkan kerana lantikan JPKK negeri itu belum selesai.

Sementara Selangor pula masih menggunakan peruntukan sedia ada.

Bagi sesetengah negeri menurut Mahdzir, selain elaun yang diberikan oleh Kerajaan Persekutuan, JPKK turut menerima elaun tambahan daripada kerajaan negeri.

“Untuk elaun tambahan ini, Kerajaan Negeri Melaka misalnya memberi RM200 sebulan bagi Pengerusi, RM50 sebulan bagi Setiausaha, RM100 elaun mesyuarat iaitu terhad kepada 6 kali mesyuarat setahun dan RM50 untuk Elaun Kehadiran Mesyuarat,” kata beliau.

Baca juga:   8,207 karton rokok seludup dirampas

Sementara itu Mahdzir menjelaskan, bayaran elaun JPKK fasa dua bagi negeri Melaka masih dalam proses melengkapkan dokumentasi oleh pihak Setiausaha Kerajaan Negeri.

“Insya-Allah, proses sedang berjalan dan kita akan pastikan pembayaran elaun ini akan dapat disegerakan sebelum akhir tahun ini.” kata Mahdzir.

-EDISI9

Wartawan

Terkini

Lagi Artikel Berkaitan