24.6 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

BN ganda usaha dekati, dampingi pengundi 18

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

JENTERA Barisan Nasional (BN) bersemangat tinggi untuk mendekati golongan muda terutama pengundi 18 tahun yang pertama kali akan mengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Ketua Pemuda UMNO ada, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, semangat jentera BN tambah membara selepas kajian menunjukkan pengundi 18 memilih BN pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, Mac lalu.

“Hari kedua meneruskan amanah parti bersama Pengarah Pilihan Raya BN, Datuk Seri Mohamad Hasan untuk memperhalusi strategi dan gerak kerja BN 26 Parlimen di Johor menghadapi PRU-15.

Advertisements

“Menariknya keputusan PRN Johor empat bulan lalu, menyaksikan semua saluran anak muda kali pertama mengundi 18-40 tahun menang terutamanya di 40 DUN yang dimenangi BN (kecuali empat DUN).

“Ini meningkatkan semangat jentera BN terutama jentera Pemuda dan Puteri untuk menggandakan usaha mendekati dan mendampingi pengundi muda secara bersasar di semua 13,547 cawangan-cawangan UMNO di seluruh Malaysia,” katanya dalam Facebook, hari ini.

PRU-15 bakal mencipta sejarah buat pertama kalinya pengundi 18 tahun dibenarkan mengundi untuk memilih wakil rakyat pilihan mereka. -Edisi 9

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan