29.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

Bayi 10 bulan maut selepas hantar ke rumah pengasuh

Kes diklasifikasikan di bawah seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-kanak 2001.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SEORANG bayi perempuan berusia 10 bulan maut selepas dihantar ke rumah pengasuhnya di Seksyen 17, Shah Alam, Selangor, pada 19 Ogos lalu.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian daripada bapa mangsa pada pukul 8 malam.

Menurutnya, bapa mangsa dan isteri telah ke rumah pengasuh pada pukul 4 petang setelah dimaklumkan bahawa anaknya tidak sedarkan diri.

“Pemeriksaan di Hospital Salam Seksyen 19 mendapati terdapat kesan lebam di dahi dan disyaki berlaku pendarahan di otak.

“Mangsa yang merupakan anak tunggal pengadu telah disahkan meninggal dunia di Hospital Shah Alam pada Isnin lalu.

“Keputusan bedah siasat adalah menunggu siasatan makmal atau pending laboratory investigation”,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Advertisements

Mohd Iqbal berkata, pengasuh tersebut merupakan seorang wanita Melayu berusia 36 tahun dan sedang mengandung lima bulan.

“Pengasuh menjaga lapan orang kanak-kanak berusia tiga bulan hingga empat tahun termasuk mangsa di kediamannya secara sendiri,” ujarnya.

Menurutnya, setakat ini pengasuh tidak ditahan dan siasatan lanjut masih diteruskan.

“Kes diklasifikasikan di bawah seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-kanak 2001,” katanya.

Sehubungan itu, polis menasihatkan orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kes ini dan maklumat boleh disalurkan kepada Pegawai Penyiasat Inspektor Roshaza ditalian 011-39865668.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan