31.1 C
Kuala Lumpur
Thursday, March 30, 2023

KKM perlu buat keputusan pemakaian pelitup muka – Muhyiddin

Sewajarnya KKM tidak lagi mewajibkan pemakaian pelitup muka, sebaliknya masih boleh terus digunakan jika penduduk negara ini berasa lebih selamat.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

KEMENTERIAN Kesihatan (KKM) perlu membuat keputusan berhubung kelonggaran pemakaian pelitup muka seperti dilaksanakan Kerajaan Singapura bermula hari ini.

Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN), Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, perkara itu dibangkitkan sendiri olehnya pada mesyuarat petang tadi kepada KKM yang diwakili Timbalan Menterinya, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali.

“Saya sendiri bangkitkan, jika semua sudah okay kenapa nak pakai lagi. Dia (Noor Azmi) mengatakan pihaknya akan melihat perkara terbabit dengan lebih terperinci.

“Tindakan ini bukan kerana Singapura buat, maka Malaysia kena buat,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat MPN, hari ini.

Ujar Muhyiddin lagi, ketika ini juga sudah ada kebiasaan baharu dalam kalangan rakyat mahupun warga asing di negara ini untuk memakai pelitup muka tanpa dipaksa.

Baca juga:   Pelitup muka, sanitasi di masjid, surau perlu dikekalkan

Menurutnya, jika sudah menjadi kebiasaan, sewajarnya KKM tidak lagi mewajibkan pemakaian pelitup muka, sebaliknya masih boleh terus digunakan jika penduduk negara ini berasa lebih selamat.

“Kita di MPN hanya memberi pandangan dan saya serah kepada KKM mempertimbangkan perkara itu,” katanya.

Dalam pada itu, Muhyiddin berkata, banyak lagi usaha perlu dilakukan bagi merancakkan sektor pelancongan negara.

“Banyak lagi usaha perlu dilakukan kerana sektor pelancongan adalah sektor yang memacu berbilion ringgit kepada negara.

“Kami sudah dengar pembentangan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC), maka kami bagi pandangan berbeza dan mahukan tempoh pemulihan pelancongan dipendekkan dari empat tahun kepada tiga tahun,” katanya.

Baca juga:   Selangor, Kuala Lumpur masih dalam Fasa 1 PPN

-EDISI9

Wartawan

Terkini

Principal lancar Dana, pelaburan mampan patuh syariah

PRINCIPAL Malaysia (Principal) memperkenalkan dana pelaburan patuh syariah yang direka untuk memenuhi permintaan pelabur Malaysia bagi pelaburan mampan yang...

Lagi Artikel Berkaitan