26.3 C
Kuala Lumpur
Saturday, March 25, 2023

Nooryana rindu beli makanan kepada Najib

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

ANAK perempuan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, Nooryana Najwa meluahkan rasa rindu pengalaman membeli dan memberi makanan kepada bapanya.

Luahan perasaan itu dikongsikan beliau di lnstagram tadi.

Katanya, sebagai anak perempuan, dia sangat rindu membeli dan memberi makanan kepadanya(bapa)

Nooryana menceritakan, pada hari ini dia pergi membeli barangan keperluan untuk rumah, namun tidak dapat melakukannya sendiri berikutan rasa bersalah.

“Selalu teringat ‘bossku’ (Najib) di penjara makan apa? Malah saya tidak mampu untuk membuat pesanan Starbucks hari ini disebabkan Yana tahu bossku mesti rindu ‘caramel macchiato’.

“Kalau sesiapa yang kenal bossku, kamu semua tahu yang beliau seorang penggemar makanan,” katanya menerusi perkongsian tersebut.

Sementara itu, Nooryana berharap agar dia dapat menikmati saat-saat indah itu kembali bersama bapanya.

“Saya berdoa satu hari nanti, saya dapat menikmati pengalaman itu kembali,” katanya.-Edisi 9

Baca juga:   PRN Johor: BN dijangka berdepan kempen berbaur fitnah

Wartawan

Terkini

Lukaku ledak Hatrik benam Sweden 3-0

BELGIUM memulakan kempen kelayakan Euro 2024 dengan bergaya menewaskan Sweden 3-0 menerusi jaringan hatrik Romelu Lukaku dalam perlawanan pagi...

Lagi Artikel Berkaitan