24.6 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

APMM Pulau Pinang rampas 23 set bubu naga

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

MARITIM Malaysia (APMM) Pulau Pinang merampas sebanyak 23 set bubu naga di dua lokasi berasingan di kedudukan 1.7 batu nautika barat Penaga, George Town, semalam.

Rampasan tersebut dilakukan hasil rondaan Ops Pertiwi dengan bot ronda Maritim negeri sekitar pukul 2.03 hingga 3.05 petang.

Pengarah Maritim Negeri, Kepten Maritim Abd. Razak Mohamed berkata, pihaknya telah mengesan pelampung penanda mencurigakan di dua lokasi kawasan terbabit dan berjaya menemui 23 set bubu naga yang dipasang individu tidak bertanggungjawab.

Advertisements

“Kesemua bubu naga tersebut dirampas dengan anggaran nilai RM2,760 dan dibawa ke Jeti Polis Marin Batu Uban untuk tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambahnya, pemilik bubu naga boleh didakwa di bawah Seksyen 11(3)(c) Akta Perikanan 1985 kerana menangkap ikan dengan menggunakan kaedah yang tidak dibenarkan dan denda tidak melebihi RM20,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya jika disabit kesalahan.

Sebarang aduan dan kecemasan di laut boleh terus menghubungi Maritim Malaysia di talian 24 jam iaitu MERS 999 dan Pusat Operasi Maritim Zon Maritim Pulau Pinang di talian 04-2626146.. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan