24.9 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Sindiket penipuan guna nama MB Selangor, Maszlee Malik

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KEGIATAN sindiket penipuan menggunakan nama dan gambar pemimpin politik negara semakin berleluasa.

Terbaharu, cubaan sindiket menggunakan nama Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari telah dikesan menerusi aplikasi WhatsApp.

Amirudin menerusi satu hantaran di Facebook memaklumkan pihak tersebut menggunakan nombor 01162232985 untuk melakukan kegiatan terbabit.

Menurutnya, akaun tersebut adalah palsu dan berbentuk penipuan.

“Saya dimaklumkan ada pihak tidak bertanggungjawab menggunakan nama dan gambar saya bagi melakukan aktiviti penipuan di aplikasi WhatsApp menggunakan nombor 01162232985.

“Ini adalah palsu dan merupakan satu bentuk ‘scam’. Sila ambil maklum dan berhati-hati,” katanya dalam hantaran tersebut hari ini.

Advertisements
Tangkap layar dari Facebook Dr Maszlee Malik.

Sementara itu, perkara yang sama turut berlaku ke atas AhliParlimen Simpang Renggam, Dr Maszlee Malik.

Sehubungan dengan itu, beliau meminta orang ramai berhati-hati dan tidak terpedaya dengan ‘scammer’ yang menggunakan gambarnya menerusi akaun Telegram untuk meminta wang.

“Scammer menggunakan nama saya nak pinjam RM10,000. Kemudian bilang saya di Jerman dan terus tak boleh cakap Arab.

“Bagi sesiapa yang diganggu oleh scammer dengan mesej telegram kononnya dari saya, boleh tanyakan kepada beliau dalam pelbagai bahasa yang saya boleh bertutur dan lihatlah pembohongan mereka.

“Apa yang pasti, selepas anda membalas mesej, nombor anda pula mereka akan gunakan,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya.

Maszlee meminta orang ramai membuat laporan kepada Telegram berhubung perkara tersebut. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan