30.9 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Hanya 49.8 peratus kanak-kanak lengkap vaksinasi COVID-19

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SERAMAI 1.76 juta atau 49.8 peratus kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun di negara ini telah mendapat sekurang-kurangnya satu dos vaksin COVID-19 setakat semalam.

Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Dr Noor Azmi Ghazali berkata, daripada jumlah itu seramai 1.5 juta atau 42.3 peratus telah melengkapkan dos vaksin mereka manakala seramai 1,030 kanak-kanak dalam kategori moderate to severe immunocompromised dalam lingkungan usia sama telah mendapat dos ketiga bagi melengkapkan vaksinasi primer sebanyak tiga dos.

Bagaimanapun katanya, peratusan itu masih rendah berbanding jumlah kemudahan vaksin yang disediakan untuk golongan itu.

“Dah hampir enam bulan kita lancar program vaksin COVID-19 untuk kanak-kanak, apa yang saya lihat staff, kakitangan buat kerja bagus, sambutan dan kerjasama kerajaan negeri juga bagus, kerjasama klinik swasta juga menggalakkan

“Tetapi lengan sahaja tiada,” katanya pada sesi soal jawab di persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan Wong Chen (PH-Subang) yang mahu kementerian menyatakan apakah usaha dan bajet yang sedang digerakkan untuk meningkatkan lagi kadar vaksinasi dalam kalangan kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun memandangkan kadar semasa kanak-kanak yang lengkap divaksin adalah sangat rendah.

Dr Noor Azmi berkata, Kementerian Kesihatan (KKM) masih meneruskan usaha penerangan menggalakkan ibu bapa menghantar anak mereka untuk mendapatkan atau melengkapkan vaksin mereka termasuk melalui media elektronik dan media sosial.

Sehingga kini katanya, masih terdapat 926 premis swasta yang menyediakan kemudahan pemberian vaksin dan 14 pusat pemberian vaksin secara ‘off-site’.

Sementara itu, bagi kanak-kanak yang terlepas dos kedua vaksin mereka, ibu bapa boleh menghubungi klinik kesihatan terdekat untuk membuat janji temu bagi melengkapkan vaksin anak-anak mereka.

Sementara itu, KKM juga memperhebat program untuk golongan sasar mendapatkan dos penggalak kedua terutama mereka yang digalakkan untuk mendapatkannya.

Katanya, amat penting bagi golongan tersebut mengambil dos penggalak kedua kerana keberkesanan vaksin yang telah menurun serta kes jangkitan yang kini kian meningkat kebelakangan ini.- BERNAMA

Terkini

Imigresen serbu pusat hiburan sediakan ‘call girl’, 63 ditahan

JABATAN Imigresen Johor menyerbu sebuah pusat hiburan yang disyaki menyediakan gadis panggilan (call girl) di Taman Mount Austin, Johor...

Lagi Artikel Berkaitan