27.5 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 28, 2024

Kapal kargo ditahan sauh tanpa kebenaran

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

TINDAKAN sebuah kapal kargo berlabuh tanpa kebenaran di perairan Sekinchan membawa padah apabila ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), malam tadi.

Pengarah Maritim Selangor, Kepten Maritim V. Siva Kumar berkata, kapal yang dalam perjalanan dari Chittagong, Bangladesh dan sedang menuju ke Singapura ditahan pada kedudukan 21 batu nautika barat daya Sekinchan kira-kira pukul 10 malam tadi.

Beliau berkata, penahanan itu adalah hasil maklumat Sistem Pengawasan Laut Malaysia (SWASLA) Klang yang mengesan kedudukan kapal mencurigakan kira-kira pukul 1.40 petang.

“Bot peronda Maritim Malaysia diatur gerak ke lokasi tersebut selepas dimaklumkan Jabatan Laut Wilayah Tengah (JLWT) bahawa kapal kargo itu tidak mempunyai kebenaran bersauh daripada Ketua Pengarah Jabatan Laut Malaysia.

Advertisements

“Hasil pemeriksaan mendapati terdapat 22 kru lelaki termasuk nakhoda yang merupakan warga Vietnam berusia antara 30 hingga 59 tahun dan mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah.

“Bagaimanapun, nakhoda kapal gagal mengemukakan sebarang dokumen kebenaran bersauh dan perintah penahanan ke atas kapal tersebut telah dikeluarkan. Kapten serta seorang kru kapal telah dibawa ke Ibu Pejabat Maritim Negeri Selangor untuk siasatan lanjut,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Sehubungan dengan itu, kara belia, kes akan disiasat mengikut Seksyen 491B (1) (l) Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda tidak RM100,000 atau kedua-duanya sekali. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Sultan Selangor ingatkan jemaah haji kekalkan disiplin diri

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan bakal-bakal haji dari negeri itu agar mengekalkan disiplin diri semasa berada di...

Lagi Artikel Berkaitan