33 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 2, 2024

PM yakin Kerajaan Perpaduan akan kekal sehingga habis penggal

PM saran kepada pembangkang agar kemukakan surat akuan bersumpah (SD) pada sidang Parlimen akan datang

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim melahirkan keyakinan Kerajaan Perpaduan akan kekal sehingga habis penggal walaupun ada cubaan untuk menjatuhkannya.

Pada masa sama, beliau juga turut mencabar pembangkang untuk membuktikan mereka mempunyai calon Perdana Menteri yang baharu seperti yang didakwa dengan mengemukakan surat akuan bersumpah (SD) pada sidang Parlimen akan datang.

“Tak apalah kalau dia ada, masa Parlimen bawalah SD. Usul di Parlimen, tidak ada masalah.

“Ini tiap-tiap minggu dia jadi mengigau mingguan. Sebelum puasa, sebelum raya, sebelum selepas Raya Haji, sebelum Thaipusam, Tahun Barhau Cina… tunggulah.

“Tapi Insya-Allah kita Kerajaan Perpaduan kekal penuh sehingga pilihan raya akan datang. Saya sangat yakin,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Sambutan Ulang Tahun Ke-75 dan Perasmian Ibu Pejabat Kebangsaan Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM), di sini pada Selasa.

Anwar yang juga Ahli Parlimen Tambun berkata demikian mengenai dakwaan sesetengah pihak bahawa wujudnya SD yang mencukupi bagi membolehkan Perikatan Nasional (PN) membentuk kerajaan.

Kerajaan pimpinan Anwar kini merupakan kerajaan kuat dan stabil dengan sokongan melebihi dua pertiga iaitu 148 ahli Parlimen.

Advertisements

Pada 19 Disember 2020, Anwar berjaya melepasi ujian pertamanya selepas Dewan Rakyat meluluskan undi percaya terhadapnya  secara undian suara. 

Dengan keputusan itu, Anwar kekal sebagai Perdana Menteri, kira-kira tiga minggu selepas mengangkat sumpah jawatan selepas membentuk kerajaan perpaduan dengan Barisan Nasional (BN) dan parti-parti politik dari Sabah dan Sarawak. 

Terdahulu, dalam ucapannya semasa Majlis Pelancaran Sambutan Ulang Tahun Ke-75 dan Perasmian Ibu Pejabat Kebangsaan BSMM, Anwar mengumumkan peruntukan keseluruhan sebanyak RM3 juta kepada organisasi itu.

Turut hadir pada majlis itu, Pengerusi BBSM Kebangsaan, Tunku Temenggong Kedah, Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah; Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek; Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri; dan Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli.

Beliau berkata, sebanyak RM1 juta disalurkan kepada BSMM dari Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM).

RM1 juta diperuntukkan dari Agensi Pengurusan Bencana Nagara (Nadma) khusus untuk kerja-kerja kebajikan dan usaha di lapangan luar serta dalam negara.

“Untuk memastikan penyelenggaraan, pengurusan di ibu pejabat, negeri-negeri itu lebih mantap, saya setuju menambah RM1 juta lagi,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

In Saff Travel tawar pakej umrah serendah RM4970

BERUSAHA memberikan yang terbaik terhadap pelanggannya, syarikat pengendali pakej umrah, In Saff Travel & Tours Sdn Bhd menampilkan pakej...

Lagi Artikel Berkaitan