34 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Zahid gagal dapat injunksi terhadap Tun M dalam saman fitnah

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PERMOHONAN Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi untuk mendapatkan perintah injunksi terhadap Tun Dr. Mahathir Mohamad sementara menunggu penyelesaian samannya terhadap bekas Perdana Menteri itu ditolak Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Bekas Timbalan Perdana Menteri itu memfailkan saman terhadap Dr. Mahathir pada April lalu atas dakwaan beliau meminta bantuan Ahli Parlimen Langkawi itu supaya tuduhan rasuah terhadapnya ‘digugurkan’.

Free Malaysia Today melaporkan, peguam Rafique Rashid Ali yang mewakili Dr. Mahathir memberitahu wartawan, hakim Rozana Ali Yusoff membuat keputusan itu ketika prosiding dalam talian.

Rafique berkata, mahkamah memutuskan Zahid perlu membuktikan kenyataan Dr. Mahathir dalam sidang media 23 Februari lalu dianggap tidak benar, sebelum perbicaraan penuh. Mahkamah turut memerintahkan Zahid membayar kos RM5,000.

Mior Nor Haidir Suhaimi turut mewakili Dr. Mahathir, manakala Zahid diwakili peguam Shahrul Fazli Kamarulzaman.

Menerusi sidang media 23 Februari lalu, Dr. Mahathir mendakwa Zahid dan beberapa individu bertandang ke rumahnya pada 2018 dan Presiden UMNO itu mahu ‘berbaik’ sebelum Dr. Mahathir menjadi Perdana Menteri buat kali kedua.

Zahid mendakwa kenyataan Dr. Mahathir tidak benar, tidak wajar, tidak berasas dan berniat jahat.

Beliau turut mendakwa kata-kata Dr. Mahathir itu bermakna beliau menggunakan jalan pintas untuk menyelesaikan kes jenayahnya bagi kepentingan peribadi.

Zahid menuntut ganti rugi teruk, am dan teladan.

Dalam pembelaannya, Dr. Mahathir mempertahankan kenyataannya dan berkata beliau akan mencabar saman berkenaan.

Zahid turut memfailkan saman berasingan terhadap pengganti Dr. Mahathir, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang membuat dakwaan sama terhadap Ahli Parlimen Bagan Datuk itu ketika pilihan raya negeri Johor.-Bernama

Terkini

KKDW peruntuk RM46.6 juta untuk pembangunan di Selangor

KEMENTERIAN Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) memperuntukkan sebanyak RM46.6 juta untuk pelbagai pembangunan infrastruktur serta komuniti, kemahiran dan pembiayaan...

Lagi Artikel Berkaitan