27.2 C
Kuala Lumpur
Saturday, September 24, 2022

Majlis Ulama Indonesia isytihar vaksin CanSino haram

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

MAJLIS Ulama Indonesia (MUI) mengeluarkan fatwa haram terhadap vaksin Convidecia Covid-19 yang dikeluarkan oleh pembekal dari China, CanSino Biologics, lapor laman berita Kompas, kelmarin.

Vaksin Convidecia dihasilkan menggunakan anggota tubuh manusia.

“Vaksin Covid-19 keluaran Cansino adalah haram,” jelas fatwa yang dikeluarkan MUI kelmarin.

Pengerusi Suruhanjaya Fatwa MUI, Hasanuddin menjelaskan bahawa vaksin tersebut diharamkan kerana dalam penghasilannya menggunakan bahagian tubuh manusia.

“Dalam proses penghasilannya, ia menggunakan bahagian tubuh manusia (juz’minal insan) iaitu sel-sel yang diperoleh daripada buah pinggang embrio bayi manusia,” katanya.

Selepas fatwa itu dikeluarkan, MUI kemudian mengeluarkan enam syor kepada pemerintah Indonesia.

Pertama, pemerintah perlu mengutamakan penggunaan vaksin halal sebaik mungkin terutama bagi umat Islam dan kedua, pemerintah disarankan untuk mengoptimumkan perolehan vaksin Covid-19 yang disahkan halal.

Ketiga, pemerintah diminta memastikan vaksin Covid-19 yang akan digunakan mempunyai pensijilan halal, manakala yang keempat, pemerintah mesti menjamin dan memastikan keselamatan vaksin yang digunakan. – Agensi

Baca juga:   MPV Alphard 'road bully' diburu polis miliki 56 saman lampau

Terkini

Kanak-kanak 5 tahun maut, bapa, kakak parah nahas 2 kenderaan

SEORANG kanak-kanak lelaki berusia lima tahun maut dalam kejadian kemalangan jalan raya membabitkan dua kenderaan di Jalan Kesang Garing,...

Lagi Artikel Berkaitan