Saturday, June 13, 2026

Tiga maut nahas motosikal di Pulau Pinang

Kesemua mereka dikatakan berusia dalam lingkungan 20-an.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SEKURANG-kurangnya, tiga penunggang motosikal dilaporkan maut dalam kejadian kemalangan di Lebuh Raya Tun Dr. Lim Choong Eu menghala ke pusat bandar di Pulau Pinang.

Difahamkan, ketiga-tiga mangsa dilaporkan meninggal dunia di tempat kejadian dipercayai akibat kecederaan parah pada badan dan kepala kira-kira pukul 5 pagi tadi.

Bagaimanapun, dua penunggang motosikal lagi dilaporkan mengalami kecederaan dan kini menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang.

Kesemua mereka dikatakan berusia dalam lingkungan 20-an.

Ketika ini, ramai sanak-saudara dan kenalan mangsa berkumpul di pekarangan Jabatan Forensik Hospital Pulau Pinang.

Dalam pada itu, video sebelum dan selepas kemalangan itu kini tular dalam media sosial serta mendapat pelbagai reakzi netizen.

-EDISI9

Terkini

Pemimpin korporat perlu kuasai AI, elak ketinggalan

PEMIMPIN korporat di Malaysia perlu segera menguasai dan memanfaatkan kecerdasan buatan (AI) dalam operasi harian organisasi bagi memastikan mereka...

Lagi Artikel Berkaitan