Tuesday, July 21, 2026

Empat maut seorang parah dalam kemalangan dua kereta di NKVE

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

EMPAT individu terdiri daripada dua lelaki dan dua wanita maut selepas kereta dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan di Lebuh Raya Lebuh Raya Baru Lembah Klang (NKVE), susur keluar dari arah Subang menghala Kelana Jaya awal pagi tadi.

Komander Operasi Bomba Selangor, PBK II Norsyuhadah Ahmad berkata, pihak bomba menerima panggilan kejadian pada pukul 4.11 pagi.

Seramai sembilan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Anggerik dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba di tempat kejadian didapati kemalangan melibatkan dua buah kereta iaitu Proton Wira Aeroback dan Proton Wira jenis Sedan,” ujarnya dalam kenyataan sebentar tadi.

Menurutnya, lima mangsa terdiri daripada dua wanita dan tiga lelaki yang berusia 27 hingga 30 tahun dilaporkan terlibat dalam kejadian itu.

“Pemandu Proton Wira Aeroback serta tiga lagi individu yang menaiki Proton Wira disahkan meninggal dunia di lokasi.

Katanya, salah seorang penumpang Proton Wira pula parah dan dikejarkan ke hospital oleh pihak Kementerian Kesihatan (KKM) untuk rawatan lanjut.-Edisi 9

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan