26.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Polis cari saksi nahas empat maut di NKVE

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

POLIS meminta orang awam yang mempunyai maklumat insiden kemalangan yang menyebabkan empat maut di susur keluar arah Subang menghala Kelana Jaya di Lebuh Raya Baru Lembah Klang (NKVE) awal pagi tadi, agar tampil membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim, berkata mereka boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam Inspektor Muhammad Hanif Sukri di talian 014-8066744.

“Kesemua mayat dibawa ke Hospital Shah Alam untuk bedah siasat.

“Siasatan lanjut masih dijalankan untuk mengenal pasti punca dan sebab kematian. Kes disiasat di bawah Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya dalam kenyataan.

Media pagi tadi melaporkan empat termasuk dua wanita maut manakala seorang lelaki cedera parah dalam kemalangan membabitkan dua kereta di susur keluar arah Subang menghala Kelana Jaya di Lebuh NKVE, awal pagi tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis, berkata, bertindak atas panggilan yang terima pada pukul 4.11 pagi tadi, pihaknya mengenal pasti mangsa yang maut sebagai P Puvaaneshwaran, 28; Lai Mun Fai, 28; Eng Siew Hooi, 31, dan Leong i Man Yuen, 27.

“Manakala mangsa yang parah dikenali sebagai Heng Chan Yee, 28,” katanya.-Edisi 9

Terkini

Beras dibuang di tapak pelupusan sampah tidak selamat dimakan

BERAS yang didakwa dibuang di tapak pelupusan sampah di Temerloh, Pahang didapati telah rosak dan tidak sesuai serta tidak...

Lagi Artikel Berkaitan