24 C
Kuala Lumpur
Friday, February 3, 2023

Jangan anggap orang politik “kebal” – Ayob Khan

Isu penagihan dadah berkenaan bukan hanya melibatkan golongan tertentu sahaja, bahkan pelbagai lapisan masyarakat.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SEMUA pihak dinasihatkan untuk tidak sesekali beranggapan orang politik mempunyai “kekebalan” terhadap undang-undang.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay menyatakan demikian bagi menjawab pertanyaan mengenai trend penglibatan ahli politik dalam aktiviti penyalagunaan dadah.

Bagaimanapun menurutnya, isu penagihan dadah berkenaan bukan hanya melibatkan golongan tertentu sahaja, bahkan pelbagai lapisan masyarakat.

“Kalau ikut statistik kita ada tiga kes, seorang bekas ketua pemuda sebuah parti politik pada tahun lepas dan dua lagi YB (Yang Berhormat) ADUN (Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) sebuah negeri.

“Tak kira siapa langgar undang-undang, kita tangkap. Tak semestinya dia ahli politik kita nak lepaskan, tiada kecenderungan untuk memberikan layanan istimewa.

“Sekarang bukan masanya… kita dah cakap negara maju dan sebagainya, kalau ada undang-undang double standart tak guna,” katanya dalam satu Temu bual Eksklusif Malaysia Gazette malam tadi.

Menurut beliau, polis membuat tangkapan berdasarkan bukti yang ada dan kertas siasatan akan disiapkan untuk diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya (DPP).

Baca juga:   Selamat kembali keluarga Malaysia - Ismail Sabri

“DPP akan tengok cukup bukti untuk tuduh. Kalau rasa dianiaya, hak pembelaan boleh pergi ke mahkamah.

“Jangan beranggapan kita orang politik, kita ada kekebalan. Zaman itu dah berlalu… kalau kita balik ke zaman tu, saya tak tahu la zaman mana yang kita akan pergi ke depan,” katanya.

Baca juga:   70 mangsa banjir daerah Manjung dipindahkan ke PPS

Dalam pada itu, Ayob Khan meminta keluarga khususnya ibu bapa bertanggungjawab dalam memastikan anak-anak yang terlibat dalam penyalahgunaan dadah di peringkat awal untuk dirawat di bawah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).

“Kalau tahu peringkat awal terlibat dadah beritahu AADK, AADK akan datang ambil untuk program pemulihan. Jangan dibiarkan tapi kebanyakkan ibu bapa secara tidak langsung menyokong anak… dia tak maklum AADK, malah dia bagi lagi duit,” katanya.

“Apa yang dia nak malu orang tahu anak dia penagih dadah, atau malu orang tahu anak dia ditangkap, atau malu anak dia bunuh orang atau malu anak dia terlibat pengedaran dadah… yang mana satu dia nak malu.

“Bagi saya stigma malu itu kena buang, kita kenalah bertanggungjawab pada keluarga kita. Tindakan dari awal ini dapat membantu mengurangkan lagi penagih dadah.

Malah menurut beliau, ada juga ibu bapa yang merayu untuk melepaskan anak-anak mereka sedangkan anak mereka bukan setakat hanya penagih dadah, bahkan pengedar.

“Biar mahkamah tentukan, kalau saya tangkap minta maaflah,” katanya.

Tambah beliau lagi, dalam menangani masalah penagih dadah tegar, Seksyen 39 (C) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 iaitu hukuman yang lebih tegas akan dikenakan kepada individu yang terbabit dalam kesalahan dadah untuk kali ketiga dan ke atas iaitu hukuman penjara lima tahun dan tiga sebatan.

Baca juga:   Suami isteri antara 4 ditahan dalang sindiket dadah
Baca juga:   Komitednya JSPT, kejadian 2018 pun boleh siasat lagi

-EDISI9

Wartawan

Terkini

TVET: Keazaman, kesungguhan industri dituntut

Oleh MOHAMMAD RIZAN HASSAN PERTUBUHAN Kebangsaan Pekerja Berkemahiran (PKPB) menyambut baik dan menyokong penuh saranan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar...

Lagi Artikel Berkaitan