25.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, March 28, 2024

34.5 peratus kanak-kanak di Malaysia lengkap divaksin

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SERAMAI 1,223,569 atau 34.5 peratus kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun di negara ini sudah lengkap divaksin di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids), setakat semalam.

Berdasarkan data laman sesawang COVIDNOW, sejumlah 1,734,505 atau 48.9 peratus daripada kumpulan itu menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi remaja berumur 12 hingga 17 tahun pula, sebanyak 2,913,149 atau 93.6 peratus sudah menerima dua dos vaksin.

Manakala 3,006,526 atau 96.6 peratus daripada kumpulan itu menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Seramai 16,115,626 atau 68.5 peratus individu dewasa di negara ini pula sudah menerima suntikan dos penggalak, manakala 22,988,429 atau 97.7 peratus telah lengkap dua dos suntikan vaksin dan 23,265,576 atau 98.9 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sebanyak 12,226 dos harian diberikan semalam meliputi 1,016 dos pertama.

Sementara itu, 9,307 dos kedua dan 1,903 dos penggalak, menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) adalah 71,032,773.

Sementara itu, Portal Github Kementerian Kesihatan melaporkan sebanyak 2,166 kes baharu positif COVID-19 semalam manakala satu kes kematian dicatatkan di Negeri Sembilan. – Bernama

Terkini

China minta lebih banyak ruang kerjasama diwujudkan – Zahid

CHINA meminta agar lebih banyak ruang kerjasama diwujudkan antara kedua negara, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid...

Lagi Artikel Berkaitan