25.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, March 28, 2024

LUAS tangani potensi pencemaran di Sungai Langat

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

TINDAKAN pantas petugas Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) berjaya menangani potensi pencemaran di Sungai Langat semalam.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan, LUAS memaklumkan pihaknya menerima maklumat daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) berhubung insiden air berwarna putih yang dikesan di Sungai Langat pada jam 3.30 petang.

“Hasil siasatan LUAS telah menemukan aliran air sungai berwarna putih dan bau seakan-akan klorin di kawasan Sungai Langat.

“Pihak LUAS mendapati punca insiden aliran air berwarna putih adalah disebabkan terdapat pelepasan efluen daripada sump milik sebuah premis kilang.

“Premis berkenaan telah melepaskan aliran air putih ke sungai tanpa melalui titik pelepasan akhir efluen premis ditetapkan.

“Pengaktifan Kod Kuning selaras dengan Manual Kecemasan Pencemaran Sumber Air Negeri Selangor melibatkan pihak Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) dan Jabatan Alam Sekitar,” kata kenyataan itu.-Edisi 9

Terkini

China minta lebih banyak ruang kerjasama diwujudkan – Zahid

CHINA meminta agar lebih banyak ruang kerjasama diwujudkan antara kedua negara, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid...

Lagi Artikel Berkaitan