26.4 C
Kuala Lumpur
Friday, September 30, 2022

Pemandu lori dicekup lagak samseng di NKVE

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEORANG lelaki yang tular berlagak samseng di Lebuh Raya Baru Lembah Klang (NKVE) berhampiran tol Bukit Raja, Ahad lalu akhirnya ditangkap semalam.

Suspek yang merupakan pemandu lori dan berusia 36 tahun itu dicekup pukul 7 petang selepas hadir memberikan keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd. Iqbal Ibrahim berkata, siasatan lanjut berjaya mengesan pemilik kereta jenis Honda tersebut didaftarkan atas nama seorang wanita yang menetap di sebuah kondominium di Kuala Lumpur.

Pemilik kenderaan telah mengesahkan bahawa semasa kejadian, kereta tersebut dipandu oleh bekas teman lelakinya.

“Suspek yang bekerja sebagai pemandu lori itu telah berjaya ditangkap di pekarangan IPD ini kira-kira pukul 7 petang semalam,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau menegaskan, permohonan reman terhadap suspek akan dilakukan pagi ini untuk siasatan lanjut.

Baca juga:   Dua lelaki berlagak samseng, tahan ambulans terima padah

Kes disiasat mengikut Seksyen 279 Kanun Keseksaan.

Media sebelum ini melaporkan sepasang suami isteri berdepan detik cemas apabila dihalangi seorang lelaki yang berlagak samseng jalan raya di NKVE berhampiran tol Bukit Raja di sini, Ahad lalu.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2.50 petang itu, suspek juga bertindak memaki hamun membaling objek yang tidak dikenalpasti ke arah kereta mangsa.-Edisi 9

Terkini

KPDNHEP mula kawal selia pusat rawatan kecantikan

KEMENTERIAN Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mengambil langkah proaktif meneliti kepelbagaian aspek industri rawatan kecantikan melibatkan...

Lagi Artikel Berkaitan