27.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

NGO pelbagai agama kutuk isu sensitif dijadikan bahan jenaka

Mesti Baca

PERTUBUHAN-PERTUBUHAN bukan kerajaan (NGO) pelbagai agama yang bergabung di bawah Friendship Group of Inter-Religious Services (FGIS) mengutuk tindakan pihak-pihak tertentu yang menggunakan isu sensitif sebagai bahan jenaka sepertimana yang tular beberapa hari ini.

Gabungan NGO itu berkata, tindakan sebegini boleh menyemarakkan ketegangan antara masyarakat khususnya apabila menyentuh sensitiviti agama rakyat negara ini.

“Justeru, FGIS menggesa pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab supaya menghentikan tindakan menjadikan isu sensitif seperti agama sebagai bahan jenaka.

“Dengan itu FGIS menggesa seluruh rakyat untuk berpegang kepada kerukunan hidup yang harmoni dengan saling hormat menghormati antara satu sama lain,” kata kenyataan itu.

Sebanyak tujuh NGO pelbagai agama menyokong FGIS iaitu Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Buddhist Missionary Society Malaysia (BMSM), Malaysia Hindu Sangam, Council of Churches of Malaysia, Buddhist Maha Vihara, Gerakan Belia Sikh Malaysia (GBSM) dan Sathya Sai Baba International Organization Malaysia.

Menyesali situasi panas yang berlaku, FGIS yakin isu tersebut dapat diselesaikan sekiranya pihak berkenaan menyedari tanggungjawab masing-masing.

Ini termasuk mengawal tatasusila dan prinsip hidup secara damai dengan menjaga sensitiviti dan perasaan semua penganut agama di Malaysia.

FGIS berkata, pihaknya berharap agar isu yang semakin marak itu dapat diredakan tanpa wujudnya situasi yang lebih parah susulan tindakan yang diambil oleh pihak berkuasa atas lunas undang-undang.

Advertisements

Pada sama yang sama, FGIS turut berpendirian tindakan sebegini harus dibendung segera dan diharapkan supaya perkara sebegini tidak kembali berulang.

“FGIS akan terus menyokong usaha semua pihak yang mahu membina dan mengukuhkan pertalian persahabatan antara kaum dan agama sebagai medium untuk kita saling memahami antara satu sama lain.

“Serta menyemai perpaduan kaum ke arah mewujudkan bangsa Malaysia berasaskan tunjang Perlembagaan Persekutuan dan Prinsip Rukun Negara,” katanya.

Baru-baru ini tular seorang wanita yang mengaku beragama Islam dan menghafal 15 juzuk al-Quran bertindak membuka tudung dan pakaian di sebuah kelab komedi di ibu negara.

Ekoran itu, pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengarahkan kelab komedi yang berlindung di sebalik restoran dan kedai minuman keras itu digantung operasi untuk sementara.

Bagaimanapun, beberapa pengguna media sosial telah mendedahkan beberapa rakaman persembahan di kelab komedi tersebut menampilkan jenaka-jenaka yang menggunakan isu perkauman dan agama sebagai bahan lawak.

Keadaan itu mengundang rasa tidak senang dalam kalangan masyarakat malah beberapa artis komedi turut mengutuk bahan jenaka seperti itu yang dianggap menjijikkan. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

UM mohon maaf berhubung kenyataan penceramah pro-Israel

UNIVERSITI Malaya (UM) memohon maaf berhubung kenyataan kontroversi seorang penceramah jemputan pro-Israel yang menuduh tindakan ahli politik Malaysia menyokong...

Lagi Artikel Berkaitan