24.9 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Masa sesuai laksana transformasi dalam pendidikan – Radzi

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KEMENTERIAN Pendidikan menyifatkan kini masa sesuai untuk melaksanakan transformasi menyeluruh dan holistik terhadap sektor pendidikan, termasuklah memanfaatkan setiap inovasi dalam sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang dihasilkan oleh para pendidik.

Menterinya, Datuk Dr Radzi Jidin berkata, inovasi seharusnya diguna, dikongsi dan dikembangkan untuk manfaat pendidikan anak-anak generasi pewaris negara.

Beliau berkata, pihaknya sentiasa lakukan pembaharuan serta penambahbaikan yang telah, sedang dan akan dilakukan KPM dalam mentransformasi sektor pendidikan negara.

“Antaranya pendigitalan pendidikan, pentaksiran, pengurusan utiliti dan sumber manusia.

“Inilah aspirasi penerapan konsep Sekolahku SEJAHTERA. Sebagai pendidik, peranan guru amat penting sebagai tunjang untuk menjayakan aspirasi dalam meningkatkan kualiti pendidikan demi anak-anak didik.

“Pendekatan secara kreatif serta inovasi berterusan dalam melaksanakan sesi pengajaran dan pembelajaran pasti akan berupaya menjadikan pendidikan lebih menarik untuk anak-anak ikuti dan fahami,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Terdahulu beliau berkesempatan menghadiri sesi libat urus bersama guru-guru sekolah sekitar Sandakan, Sabah yang diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Merpati.

Advertisements

Dalam pertemuan tersebut, guru-guru turut berkongsi pandangan mengenai bidang tugasan dan peranan yang boleh dimainkan dalam mentransformasi pendidikan.

Kata Dr Radzi, sesi libat urus sebegini membolehkannya menjelaskan halatuju dan aspirasi sistem pendidikan negara.

“Pada masa yang sama, sesi sebegini membolehkan kami mendapatkan input dan pandangan serta memahami cabaran di peringkat akar umbi.

“Seterusnya, kita dapat mengenalpasti pendekatan yang boleh dilaksanakan bagi menambahbaik ekosistem pendidikan sedia ada.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada semua guru Sandakan.

“Berilah kepercayaan kepada kami untuk ikhtiarkan yang terbaik demi kelestarian pendidikan negara,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan