30.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

MPK gembur 11 kedai haram warga Bangladesh

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

MAJLIS Perbandaran Klang (MPK) menggempur 11 buah kedai haram warga Bangladesh yang berselindung disebalik rumah kediaman di Meru dalam operasi yang dijalankan malam tadi.

Lebih mengejutkan, serbuan bermula pukul 8 malam itu turut mengesan wujud penjualan arak secara haram di premis yang diubah suai sebagai kedai runcit yang beroperasi tanpa lesen perniagaan sah antara tiga hingga empat tahun lalu.

Timbalan Pengarah Penguatkuasa MPK, Shahrul Hazri Abd. Majid berkata, operasi selama tiga jam itu dijalankan hasil maklumat awam berkaitan perniagaan warga asing di Jalan Abadi, Taman Daya, Jalan Sesenduk dan Jalan Teratai.

“Kesalahan itu menyebabkan kita menyita semua barangan termasuk arak, tong gas, alat timbang digital dan peralatan dapur. Kesemua nilai rampasan berkenaan dianggarkan berjumlah RM9,700,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas Shahrul Hazri, serbuan itu kali ketiga dilakukan pihaknya di lokasi sama tahun ini.

“Siasatan mendapati kedai haram itu dikendalikan warga Bangladesh yang diubah suai di rumah kediaman. Kita menerusi Jabatan Bangunan turut melakukan operasi perobohan premis tersebut,” jelasnya.

Tambah beliau, MPK akan menjalankan operasi seumpama itu secara berterusan dan amat mengharapkan kerjasama orang ramai bagi membanteras aktiviti haram tersebut.-Edisi 9

Terkini

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar meninggal dunia

BEKAS Ketua Polis Negara (KPN), Tun Mohammed Hanif Omar meningggal dunia di kediamannya di Shah Alam, Selangor pagi ini. Allahyarham...

Lagi Artikel Berkaitan