34.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Isu stadium terus “hangat” antara Najib, Kerajaan Selangor

Bajet RM1 bilion ialah kos untuk menaiktaraf dan memperbesarkan Kompleks Sukan Bukit Jalil, bukan Stadium Bukit Jalil sahaja.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

ISU Stadium Shah Alam yang sarat dengan sejarah kancah bola sepak tempatan sama ada dirobohkan atau sebaliknya menjadi isu yang terus hangat dilontarkan antara dua pemimpin.

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum ini mempersoalkan tindakan kerajaan negeri Selangor yang berhasrat mempertimbangkan kemungkinan merobohkan stadium berkenaan.

Persoalan berkenaan mendapat jawapan balas berupa perlian juga dari Menteri Besar (MB) Selangor, Datuk Seri Amiruddin Shari.

Semalam Amiruddin mendakwa, Najib juga gagal menyelenggara Stadium Nasional Bukit Jalil sehingga fasiliti sukan itu dibaik pulih sehingga menelan kos lebih RM1 bilion.

Bagaimanapun hujahan berkenaan dipatahkan Najib dalam satu hantaran di Facebook hari ini dan mendakwa perbandingan yang dibuat Menteri Besar itu adalah lemah.

“MB Selangor tak mengaku PH telah gagal menjaga Stadium Alam Shah sehingga ianya perlu dirobohkan sepenuhnya dan dibina semula dengan kos RM787 juta.

“Dia kata Najib sama juga sebab pernah meluluskan bajet RM1 bilion untuk “naik taraf” Stadium Bukit Jalil pada tahun 2015 sebagai persediaan bagi Sukan SEA 2017.

“Eh.. “naik taraf” dengan roboh dan bina semula stadium sebab keadaan buruk pun dia tak faham? Balas Najib .

Dalam pada itu, Najib menegaskan bajet RM1 bilion ialah kos untuk menaiktaraf dan memperbesarkan Kompleks Sukan Bukit Jalil, bukan Stadium Bukit Jalil sahaja.

“Naik taraf stadium Bukit Jalil termasuk membina bumbung yang boleh dibuka (retractable).

Advertisements

“Kos itu termasuk untuk naik taraf Stadium Putra, Stadium Nasional, pusat akuatik, stadium hoki, asrama atlet selain turut membina beberapa kemudahan baharu di sekitar Bukit Jalil,” kongsinya.

Malah, Najib turut memerli MB Selangor tidak dapat membezakan antara stadium dengan Kompleks Sukan.

“Naik taraf sebab nak tambah baik dengan terpaksa roboh dan bina semula sebab gagal menjaga stadium selama 14 tahun sehingga keadaan menjadi terlalu buruk dan tidak dapat diselamatkan, dia juga tak reti beza.

“Lagi mahu sembang? Soalnya.

Polemik mengenai Stadium Shah Alam tersebut meraih perhatian bekas Menteri Besar Selangor, Dr. Mohd. Khir Toyo dan Tan Sri Muhammad Muhd. Taib, beberapa ahli politik, organisasi bukan kerajaan (NGO) dan bekas pemain bola sepak Selangor. 

Memetik laporan Bernama semalam, Amiruddin berkata, Stadium Shah Alam berusia 28 tahun itu mengalami kerosakan termasuk bilik persalinan, bekalan elektrik, tempat duduk penonton ekoran tiga kejadian banjir pada 2006, 2015 dan tahun lalu.

Kos pembinaan stadium tersebut menelan belanja RM400 juta dan dirasmikan, pada 16 Jul 1994.

Menurutnya, kos penggantian bumbung polikarbonat menelan belanja antara RM500 hingga RM1,000 sekeping.

Amirudin berkata, satu pameran mengenai pembangunan kompleks itu akan diadakan pada September ini agar orang ramai dapat memahami rancangan pembangunan berkenaan dan turut boleh berkongsi maklum balas mereka di pameran itu.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Bantuan awal kepada waris mangsa nahas helikopter TLDM

KERAJAAN bersetuju menyalurkan bantuan awal sebanyak RM10,000 kepada setiap keluarga mangsa nahas dua helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia...

Lagi Artikel Berkaitan