29.9 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 18, 2024

Kanak-kanak maut nahas empat kenderaan

Tular video berdurasi satu minit 40 saat memaparkan lokasi lebuhraya gelap dan kemalangan berkenaan baharu sahaja berlaku.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SEORANG kanak-kanak maut dalam nahas empat kenderaan di Kilometer 425.9, Lebuhraya Pantai Timur (LPT) 2 berhampiran susur keluar Kuala Terengganu, di Terengganu, malam semalam.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Berang, Zuraidi Mohd. Yusuf berkata, pihaknya menerima panggilan 11.47 malam dan sepasukan pegawai serta lima anggota bergegas ke lokasi kejadian.

Menurutnya, kemalangan itu membabitkan sebuah lori, sebuah Proton Saga FL serta kenderaan pacuan empat roda Ford Ranger dan Mitsubishi Pajero yang dinaiki keluarga kanak-kanak berkenaan.

“Setibanya di lokasi didapati enam mangsa iaitu sebuah keluarga tercedera termasuk seorang kanak-kanak yang tercampak keluar lima meter daripada kenderaan dipandu bapanya. 

“Suami isteri dan empat anak mereka itu dikeluarkan dari kenderaan dengan bantuan orang ramai manakala mangsa lain tidak mengalami kecederaan,” katanya hari ini.

Difahamkan, anak sulung keluarga itu, Sayyeda Khadeja Mohd. Nazri, 10, bagaimanapun meninggal dunia pada pukul 5.01 pagi ketika menerima rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ).

Terdahulu, tular video berdurasi satu minit 40 saat memaparkan lokasi lebuhraya gelap dan kemalangan berkenaan baharu sahaja berlaku.

Terdengar perbualan antara pemilik rakaman kamera papan pemuka (dashcam) berhubung situasi jalan yang gelap dan salah seorangnya meminta parkir di tepi tebing jalan.

Pada durasi ke 44 saat, terdapat sebuah lagi kenderaan terbabit kemalangan di lokasi yang sama.

Pemilik kenderaan tersebut mengubah lokasi untuk memakir kenderaan di kilometer lebih selamat.

-EDISI9

Terkini

Piala Asia B23: Harimau Muda gagal jinakkan Uzbekistan

HASRAT skuad Harimau Muda negara untuk meraih sekurang-kurangnya satu mata daripada juara edisi 2018, Uzbekistan gagal apabila ditundukkan 0-2...

Lagi Artikel Berkaitan